Jebat

Ini Jebat. Anak kepada kakak saya nombor dua. Hensem tak dia?


Sebulan yang lepas, dia telah menerima kehadiran adik baru dalam hidup dia.. Tuah. Cuba tengok wajah mereka sehari selepas dilahirkan, lebih kurang kan? Cuma Jebat ni putih, Tuah sedikit gelap.


Dulu hari-hari hobi Jebat sepak bola, pantang nampak je terus sepak. Dia gigih nak jalan dulu pun sebab nak sepak bola, sebab maybe tak feel kot sepak bola sambil merangkak.. eh? Tapi sekarang, Jebat dah terlebih pandai ngajuk mak dia. Pe'el si Jebat ni bila nampak mak dia menyusukan Tuah, dia akan ambil anak patung (curi dari sepupu dia yang berusia 10 tahun sampai kakak tu merajuk sebab anak patung kena curi) dan mula meniru gaya ibunya.


Walaupun kadang-kadang perangai dia berjaya menganoyyingkan aku; sikit sikit "Ibu! Ottomen!" "Ibu, makan!" "Ibu, tidur!" semua ibu dialah, sampai nak mandi apa bagai semua nak dengan ibu dia. Kesian mak dia, dahlah tak berapa sihat.. huhu.. but after all, teletah dia mewarnai corak hidup kami yang dilanda hitam air tsunami.

Hehehe.. Jebat oh Jebat!

"Children have never been very good at listening to their elders, but they have never failed to imitate them." - James A. Baldwin

38 comments:

dear anies said...

Comel nyerrrrrrr

paridah said...

comelnya jebat yg keletah...

cEro said...

Pernah baca dekat mana ntah ada kata yg budak kecil ni sebenarnya penyembuh kepada luka di hati.
Sebab tu kita tak ada pernah benci atau meluat bila melihat budak kecil untuk kali pertama, kan?

Mime MF said...

haha ok comel...tak tahan susukan anak patung tu...!

PeRdU cINta said...

Aunty PC jawab ye..hensome sangat..alhamdulillah..alololo..kenyang tak anak patung tu Jebat susukan..hihi..itulah dia anak anak..kain putih..ibu bapalah guru pertama mereka..moga menjadi muslim soleh ye sayang..

Gee Lion said...

haruslah kan.. hahaha.. ^_^

Gee Lion said...

comel dan kelakar ^_^

Gee Lion said...

tapi bukan semua orang ada hati.. especially ibu yg telah membuang bayinya.. huhu.

Gee Lion said...

dia sengaja nak ejek mak dia.. pas susu tu tergelak2.. nakal tul.

Gee Lion said...

saya bagi pihak Jebat mengucapkan terima kasih ye.. ahaksssss..
kenyang tak kenyang.. pas main dibaling dilambungnyer anak patung dia tu, sayang sangattttt..... inshaAllah PC.. thanks ya!

Kakzakie Purvit said...

Masih belum mengerti apa. Melakukan apa yg dia suka dan apa yg dia lihat.
Sebab itu kadang menggelikan hati. Tapi keletah dia menggembirakan keluarga pastinya.
Cuba dia tidur mesti sunyi terasa kan... itu baru tidur kalau dia bercuti lama tak jumpa mesti rindu punyalah:)

Tunsha Ayunie said...

Comel sangat :) gerammm...

Rtp Farra Arisha said...

Tak ceria hidup tanpa budak kecil! Haihhh cute betul "Abg Jebat". ;)

Kira Sakura said...

wahhhh nama dorang adik beradikkkk sorang tuah sorang jebat.... tapi memang ensem sgt perangia pun comel. dan memang setiap apa yang kita buat mesti ada bayang2 nanti yang akan ikut sekali hihihihi

Gee Lion said...

Kalau dia tidur.. aman dunia ni rasa.. hak hak hak.. maklumlah kadang2 gelagat dia tak dapat nak handle.. buat pening kepala je.. hehe.. :-d

Gee Lion said...

Mengucapkan terima kasih bagi pihak dia & ibu dia.. hehe.. :-)

Gee Lion said...

Dok dalam rumah pon asyik2 Otomen Otomen Otomen.. bila besar mungkin ada potensi nak jadik Pendekar Otomen.. :)

Gee Lion said...

tak lama kang keluar pulak lekir, lekiu, kasturi.. itupon kalau semua lelaki la & ada rezeki, inshaAllah.. :-d

Farrah MF said...

Comelnya Jebat & Tuah!

Izzati Amira said...

hensem la jebat!!!!

Amelia said...

memang nama dia jebat ye kak Gee? macam sedap je letak nama anak2 macam tu.. hehehehe... terberangan kejap :P

handsome Jebat! saya suka tengok budak lelaki senyum sampai sepet mata dia. xtahu nape. haha

SukaSedap MY said...

hensenggg . hehee

Bunda_nora said...

Jebat memang hensem...sehensem namanyer...

Gee Lion said...

mak dorang cakap tenkiu.. =)

Gee Lion said...

thanks lorhhh , kata mak dia..

Gee Lion said...

nak berangan lama2 pon boleh.. eh eh ehhhh...
nampak comel kot senyum mata tu.. kecik2 dah comel besar kang tak tahu laaa.. x-)

Gee Lion said...

henseng takpo.. jangan samseng sudahhh.... $-)

Gee Lion said...

Belum tahu nama penuh lagi tu.. hehe..

Fidah Shah said...

Comeii nya dia....
Nama penuhnya apa Gee?

Kira Sakura said...

letak nama li po lah pulak kalau gegirl ehehehehehe

Gee Lion said...

Mohd Jebat Iskandar Shah..
Adik dia pulak Tuah Shaddad..
^_^

Gee Lion said...

Tu dia.. jangan Li Po. cari bahan nak kena ejek zaman dia masuk sekolah kang.. kah3.. kesian budak tu kang. huhu

Qaseh Vee said...

budak ni penghibur . bla sedih atau runsing , tgk telatah mrk je dah blh terhibur ...

Yana Yani said...

comelnya! berapa umur dia ni?
nak jadi besan akak tak? hehe
nama tu memang win lah =)
boleh tlg pluk cium diorang tuk akak?

Gee Lion said...

Terapi stress. Macam kucim. Miawww miawww.. Hihi

Gee Lion said...

Kalau akak tak mintak, saya memang dah peluk cium dorang dah pun. Hihi!
Si Jebat tu, saya kasi extra layanan sikit..
Hari2 sengkeh dia pasal nakal sangat. HOHOHOHOHO!!!
Jebat umor dia tiga tahunnnnn.. ^_^

SIQAHIQA said...

Comel!!! Dan suka nama Jebat dan Tuah :) Anak saudara Siqah yang no 4 diberi nama Thaqif tapi panggil Jebat. Rasa kembali ke zaman Melayu dulukala bila panggil nama camtu. Tak lapuk dek zaman :)

Moga membesar dengan baik Jebat dan Tuah. Hug kisses from me :)

SIQAHIQA said...

Sedapnya nama Jebat dan Tuah :)