Bahana

• Gee Lion • 08:30:00 • 21 Sembang
Firasatnya pada siang, siang terlalu mencemburui dia bersama malam. Siang enggan mengizinkannya nyenyak dipeluk dalam dingin gelita kelam. Begitu juga malam pada siang. Firasatnya, malam enggan melihat dirinya bebas bercanda bersama terang sinar kesiangan.

Dia buntu. Dia merindui nyenyaknya dengkuran di sisi seperti dulu.
Heningnya malam bisa membawahnya ke lembah kelenaan.
Namun cemburunya siang membuatkan dia terus kesendirian dalam waktu yang sunyi lagi sepi.
Titis air bening mulai berjatuhan, hatinya berlagu irama kepiluan.
Selama mana harus dia tanggungi, malam enggan mendakapnya lagi?


Dia lantas terhenti, mencuba menafsir waktu sebenar dirinya dalam dunia manusia. Bekati herba telah ditelan mengubat jiwa yang tidak mengenal erti cahaya, namun masih dia gagal kesudahannya. Kini riwayatnya hanya berkumandang dalam bayangan. Tidak lagi dia peduli akan definisi masa, yang dia tahu bila tiba masanya mata ini akan tertutup jua. Pergilah siang, pergilah malam, pergilah semuanya..

  1. indahnya frasa...malam n siang bersilih ganti mengukir cerita tersendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap darinya ada cerita sendiri kan PI =)

      Delete
  2. maaf tak hadam entry ni...
    tak boleh komen panjanglah jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA, takpe. Melihat kak Yana di sini pun saya dah suka ^_^

      Delete
  3. Dalam pada saling bertingkah..penghujungnya semua bakal ditinggalkan..

    ReplyDelete
  4. owh puan gee begitu puitis penulisan anda..
    btw dah kawin ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyeh En.Sobri.. ^_^
      Alhamdulillah, baru saja lagi. Inai di jari pun masih mekar lagi.. ^_^

      Delete
  5. chic na suka baca walaupun tak faham.. mohon tulis satu buku kita nak beli.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyeh chicna.. =)
      buat buku kena beli nanti, baik datang blog kita, baca percuma sajork. hehehehe.. =)

      Delete
  6. Replies
    1. apa khabar cik bunga? lama tak nampak.. ^_^

      Delete
  7. silih berganti tu sudah menjadi ketetapan... :)

    ReplyDelete
  8. kita dah pencen bab puitis ni hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala je nak berpuitis. hehe ^_^

      Delete
  9. salam. hee rajinnyer main gif animations ;p

    ReplyDelete
  10. Wow.. Ohsem..
    Singgah sini dan follow..

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...