Review Blog | Yana Yani

• Gee Lion • 08:30:00 • 34 Sembang
I love writing so much! I summarize what I see from visualization and converted it into my own words. Basically, I write about everything, especially on what happen around my little world!
- Yana Yani

Yana Yani merupakan antara pengomen awal yang muncul di blog ni. Nama beliau mulai terpapar di blog ini bermula entri saya yang berjudul Blog. Sejak dari itu, saya kerap membalas kunjungan beliau dan antara faktor mengapa kekerapan tersebut masih berlangsung sehingga sekarang adalah kerana YY adalah seorang blogger yang ramah. Beliau rajin membalas komen yang ditinggalkan di entri beliau.

Ini yang saya puji pada sesetengah blogger, untuk mencari waktu meluangkan masa berkomunikasi dengan blogger lain yang telah meluangkan masa meninggalkan jejak di blognya. Walaupun kadang-kadang ia tidak dapat dilakukan dan tak semua boleh buat begitu kerana kekangan masa, termasuk saya.

Cuba perhatikan setiap kali tibanya waktu sembahyang Jumaat. Warga lelaki seperti Bangladesh dan Pakistan adalah antara manusia yang berebut ke masjid pada waktu itu. Sanggup berjalan kaki walau jaraknya agak jauh dari rumah kita. Perhatikan pula warga lelaki Melayu, beragama Islam dan rakyat Malaysia. Apa mereka buat pada waktu itu?

- Salah satu entri yang berjaya mencuri tumpuan saya "Mereka dipandang hina oleh manusia lain."

YY giat berkongsi mengenai petua, resipi dan pandangan mengenai kehidupan, namun apa yang paling menarik minat saya untuk terus hinggap di blog YY adalah untuk membaca kemaskini kehidupan beliau bersama anak-anak tercinta, Afif dan Aisyah. Jangan salah faham, saya bukan stalker ye kak Yana. HEHE. Sebab utamanya adalah setiap entri yang dihasilkan beliau mempunyai lesson to share and sometimes as I can sort it, kind of nasihat ibu kepada anak. Ada saja teletah mereka, dan yang terbaru bagaimana YY menggalakkan Afif untuk cuba menghasilkan sesuatu berdasarkan kreativiti sendiri buat hadiah sempena hari lahir papa mereka. I should apply this when I have my own children. Tak gitu? Hehe.

Saya menyukai bagaimana beliau menggunakan hobi berblog dan dalam masa yang sama memberi pembaca kesedaran bagaimana caranya mendidik anak-anak. It's not about being a perfect mother but whatever good to share is something worth to share, isn't it? ^_^ Dan tidak dinafikan juga, gaya bahasa yang simple dan terpelihara ejaan katanya membuatkan mata saya senang tertancap pada blog YY setiap kali berkunjung ke blog beliau. Bukan mudah kita nak jumpa seorang blogger yang mengambil cakna hal sebegini dalam blognya kan. Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak mempengaruhi saya untuk turut berhati-hati dalam memilih kosa kata dan sebolehnya akan cuba mengelakkan dari berbahasa semborono. Bak kata orang, Bahasa Jiwa Bangsa. Thumbs up YY!!

Buat semua yang membaca dan pada yang mengenali YY pasti tahu tentang keadaan YY terkini. Saya rasa ini adalah medium yang sesuai untuk mengajak anda semua bersama mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kak Yana. Semoga beliau dianugerahi dengan nikmat kesihatan bersama keluarga tercinta dan dapat meluangkan lebih masa bersama insan dan blog kesayangannya. ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِه وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain. Aamiin.

Terima kasih kak Yana kerana tanpa jemu sudi datang jejak ke blog saya. Tahniah menjadi Top Commentator of May, pantas betul! Tiba-tiba saja terpacul nama dia. HAHA. Jadi, tunggu apa lagi? Jom serbu blog YY!

Diari Seorang Mama | Google Plus

Her Best Quotes :
Apakah moral yang boleh kita perolehi dari cerita ini? Senang aje. Kenalilah dulu seseorang itu sebelum kita jump to a conclusion. Pandangan setiap orang pada orang yang lain adalah berbeza. Janganlah kita sengaja menjadi bangang dengan menilai sesebuah buku hanya berdasarkan kulit luaran yang bukan mencerminkan isi kandungan sebenar sesebuah cerita.
- Yana Yani @ 9 Mac 2015

  1. review blog yg menarik ni nanti try singgah bw..

    ReplyDelete
  2. Kakak kenal YY seorang ibu yg kental dalam mengharungi kehidupan sebagai hamba Allah, isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Moga beliau terus diberi kekuatan dgn ujian kesihatan yg diberikan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kak zakie.. sama2lah kita mendoakan yg terbaik buat saudari kita.. ^_^

      Delete
  3. pepagi buka blog tetiba terus terpandang blog kamu gee
    title tu buat akak terus teruja nak baca
    mak ai...terharu n pada masa yang sama sengih dah macam kerang busuk kat opis ni
    baru ada colleague tanya tadi, u apa hal sengih itu macam? wahaha

    terima kasih gee, tak tahu nak kata apa atau susunan ayat camne nak zahirkan perasan akak time ni
    apa yang pasti akak appreciate sangat. akak secara fizikalnya sihat, don't worry
    perlukan semangat untuk jalini hari aje. agak down lepas treatment aritu...hehe
    insya ALLAH will be okay sooner or later
    terima kasih bebanyak, sayang kamu. muahh ciked =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik colleague tu tanya dulu, buatnya dia p call terus Hospital Tampoi, lagi haruuuu...
      dapat bayangkan wajah kak yana yg berseri-seri dan mata yg bercahaya, ala-ala sparkling effect dalam cerita karton gitu.

      never mind with the speechless because you are always welcome kak yana ^_^
      people said, a happy heart is a good medicine.
      harap dgn entri ini dapat menceriakan hari kak yana;
      dan mungkin dapat menaikkan semangat kak yana; kalau tak banyak, sedikit pun takpe..

      dan kita semua pun berhuhu..

      #muahciked
      #hihihi

      Delete
  4. betul2. ain pun pernah singgah blog YY . ^^ btw happy june cik gee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila singgah, terus kena dgn jiwa ni. Hihi ^_^
      Happy June cik Ain ^_^

      Delete
  5. Replies
    1. Masyeh!! (menjawab bagi pihak YY, eh ehhhh)

      Delete
  6. Assalam Gee..

    Pandangan atas pandangan... yang baik jadi teladan yang buruk jadi sempadan...worth to share... insyaaAllah bila lapang akan klik dan belek juga blog Yana ni..hmm bila came across perkataaan tertancap tu reminds me about novels... novelis byk guna perkataan tu.. byk lagi dlm plastik tak baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mar, kalau tak dapat nak baca semua.. Hantarlah pada saya.. Hehehe.. ^_^

      Delete
  7. Salamm... Dtg dr blog YY... Sy juga antara pembaca di blog dia.. Mmg ada kelebihan entry yg dicoretkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Worth of share & reading .. ^_^
      Terima kasih sudi datang singgah MF ^_^

      Delete
  8. salam perkenalan... menyinggah dari blog YY, akak memang follow blog yy ni..memang seronok baca blog yy ni kan,macam2 ilmu yang boleh kita dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga ter'jumpa' kak Aryan kat sana, tapi tak berkesempatan nak menegur. Hihi.
      Terima kasih sudi ke mari ye, inshaAllah akan pergi ke rumah anda sekejap lagi.
      Hebaklah, kerana YY kita dapat berchat2 di sini. ^_^

      Delete
  9. Bolehlah singgah ke blog YY selepas ni.
    Tips keibubapaan memang perlu, terutamanya bagi kaum ibu macam saya.
    Thanks Gee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moh ler kita.. ^_^
      You are welcome kak Fidah ^_^

      Delete
  10. CT kdg2 jenguk ke sana.. sngt kadang2 hehehe.. kekalkan persahabatan dunia maya.. trasa manis macam berkawan real =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious speaking, kemanisan dia tu; lain rasanya.. =)

      Delete
  11. terbaik review ni..betul tu blog YY ni memang susun ayat dan tulisannya teratur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyeh cik Mar. Yes, that's among the best featured in her blog! ^_^

      Delete
  12. Memang seronok baca blog YY. Macam2 ada! Ragam sepasang anaknya pun sentiasa buat saya senyummmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti YY pun tersenyum membaca komen cik Farrah ni ^_^

      Delete
  13. Salam kenal!

    Datang dari blog Kak YY ni. Padanlah kawan seorang ni terawang-awangan lagi tak turun-turun *_* YY pun dululah memang pengomen tegar di blog akak juga. Cuma sekarang ni aje kurang dah kelibat dek kekangan masa dan kesihatan maybe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dia dah turunlah sekarang kan Mummy, susah pulak kita nak p kait dia sat g. HEHE
      InshaAllah, kita sama-sama doakan YY spy memperoleh nikmat kesihatan seperti mana impian tiap2 hamba Allah di muka bumi ini.. (curi dialog Ali Baba Bujang Lapok jap..)
      Oh ye, thanks sudi ke mari ye Mummy, inshaAllah akan membalas kunjungan sekejap lagi ^__^

      Delete
  14. dia sangat tabah berhadapn dengan penyakitnya sejak usia 12 thn lagi . saya salut bab tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun.. ^_^
      Sebab kalau saya, belum tentu semampu tu.. Lain orang, lain dayanya, lain ujiannya..
      Dan kita pun berhuhu..

      Delete
  15. ok kite nak bw ke blog Yana jugalah ^^

    ReplyDelete
  16. salam. hee nice and awesome review., bila nk review blog sy ;p

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...