Blog

Usia belog ni sudah hampir masuk sebulan. Dan sempena sebulan kelahirannya dalam dunia blogger, aku rasa macam terseru untuk berkongsi dengan korang cerita di sebalik penubuhan diaridandelion ni.

Untuk pengetahuan korang, ini bukan belog pertama aku. Ini adalah belog ke-enam. Iya, diulangi ke-ENAM. Aku mula berjinak-jinak dengan dunia belog sejak dari tahun pertama aku di universiti. Masa tu, tahun 2009. Daripada zaman tok gajah aku dah menyaksikan jatuh bangun seseorang blogger [termasuklah aku sekali] sehinggalah daripada bujang sampailah blogger tu dah kahwin.

Aku je belum kahwin - kahwin lagi -.-'


Bila followers dah mencanak-canak naik dengan pageviews mencecah beriban setiap hari, aku delete belog tu. Iya, diulangi DELETE. Sebabnya, aku tak sangka. Ada seseorang yang menyetalker aku di sana. Aku tak marah tak juga aku naik angin. Aku tahu di alam maya, walau macam mana kau lari dan kau menyorok, jejak kau tetap orang dapat traces. Jadi aku tak hairan kalau seseorang tu, akan dapat menjejak aku semula, suatu hari nanti.

ShesGee, DumbWriter dan Persis Dandelion adalah antara percisan blog aku yang telah pun aku kuburkan.

Tapi ketagihan aku dalam menulis tak dapat dibendung walau oleh sebuah laptop yang bila-bila masa saja akan terbakar. Makanya aku menulis lagi dalam blog picisan ni, kebanyakan entri aku tak publish. Apa yang korang baca sebenarnya itu yang dah aku pilih untuk dipublikkan.

Jadi adakah aku telah menjawab persoalan wahai +Akeyla Azmi?

Adios homeza. Ya ee maka ci na wakasalu ot deh!

SMS : Salam Hari Jumaat. Hari ini busy berjimba-jimba. Aku akan cuba BW dan membalas komen korang semua ye.. Tata.. =3

73 comments:

nayfatimahrasyid said...

salam kenal ... dah follow awak ;)

Anonymous said...

Hehehe...mcm akak dn fb akak la...bila dh ramai kwn,like n komen yg beratus2,share yg berpuluh3,ratusan inbox yg tk terlayan,akak delete permanently ac fb tu...satu je sebabnya..tak mampu menunaikan harapan org yg terlalu tinggi...sehingga menggangap akak umpama dewi...alam maya ni memang sgt pelik tp kita masih mau berada di dlmnya...entahlah kenapa......

Adriannasyaz said...

Wah..rajin menulis cmni..suka dtg sini sbb tgk gmbar gerak2..ngeh2...dan sya pun suka dandelion..sbb comel..bila terbang ditiup angin ^_^

Aqilah Azmi said...

:)
hihihih got it kak gee <333333
hihii

Mizz Aiza said...

akak rasa macam pernah dengar nama blog dumwriter tu.. blog gee rupanya.. kiranya gee ni senior la.. akak baru je bermula..

Fidah Shah said...

Salam Jumaat adik...

Unknown said...

hihhi banyaknya blog gee before nii..

Jejari Menaip said...

sayangnya..moga blog ni x didelete ya..:D

Akupenghibur.com said...

wahh yang ke enam.. hebat !!!

Rasp said...

waahhhh otai ni...hehehehhe
walo bertukar blogs tapi minat menulis tu tak dpt disekat2...
a true writer!
salute!

PeRdU cINta said...

Ujian itu datang dalam pelbagai keadaan dan bentuk..mohon Allah tingkatkan kesabaran kita semua..amin..insyaAllah..

wanariahamiza said...

Salam ziarah... Ala... sebenarnya tak tahu nak panggil apa. hehe. terasa curious sangat nak tahu, apa yang stalker tu cari. Mesti ada sesuatu yang istimewa dekat blog-blog terdahulu. :)

Chic Na said...

sayangnya.. buat tak tau je kat stalker tu.. huhu..

Affy Afiqah said...

wahhhh banyak tu 6 blog.....ika pun pernah juga ada blog sebelum blog yang sekarang ni....tp delete juga sebab yang sama dengan kak gee...blog yang sekarang pula ika delete entri2 lama sebab ada juga yang stalk.. T_T gigih teruskan pun sebab tunang bagi semangat...huuu

sobri yaacob said...

wow..amazing u story..saya ulangi sangat hebat..
first blog ke enam..
kedua.. bila dah banyak flower dan view.. kenpa di dilate? persolan nest entry ok..
3..tahniah atas penubuhan blog ke 6 atas pencapaian ke sebulan..nice.. truskan entry sbegini..kekal misteri..!! love it..

Mirza Rohizat said...

rasa nak menulis tu tetap ada ye akak,papepun semoga akak seronok dalam berblog okay! ^_^

Fatin Wawa said...

mesti sedih kan kalau terpaksa delete blog kesayangan hanya disebabkan stalker..

Dzureen Darwis said...

Saya pun pernah ada banyak blog hehehe

Unknown said...

dasyatnya..sampai 6 buah blog... kalau saya bila dah delete 1 tu..dah sah2 xkan berblog terus..hehe

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Keenam gee? Thats a long story..

So maknanya..termasuk dumbwritter..stalker yg sama berjaya jumpa kau kah?

Anonymous said...

banyaknya blog akak sebelum ni, sayanglah delete. harap lepasni janganlah ade stalker2 yang pelik mcm dulu lagi kan. huhu

Vee said...

Hehehe mcm sama je kes kita ni. Buat delete, buat delete. Tp Vee punya kedua laa. And delete sebab masa tu blur tak tau nak guna, and end up blogging kat satu site ni. Last2 ke sini balik. Lols..

Mime MF said...

6 blog??! byk tuh...sy pun ada gak blog sblm blog skrg..dh kena delete baru 2 blog..huhu

Gee Lion said...

@nayfatimah rasyid salam kenal juga. thank you for visiting & follow. thank you so much puan fatimah.. ^^

Gee Lion said...

@Wirda Amir mungkin sebab kita rasa diperlukan di sana.
lebih dari apa yg kita ada di sini.
atau mungkin di sana lebih memuaskan emosi kita.
berbanding ketika berada di sini. =3

Gee Lion said...

@adrianna syaz alhamdulillah, setakat ni rajen agi. ngehehe.. =3
thank you for keep coming.
you are so much appreciated.. ^^

Gee Lion said...

@Akeyla Azmi yes! yes! yes!

p/s : jangan buat macam kak gee kay? hehe..

Gee Lion said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil) takdelah senior.
sebab blog2 dulu bukan famous amous pon.
mwahahaha..

Gee Lion said...

@Fidah Shah salam jumaat kepada kak fidah juga.. ^^
hari ni dah hari Ahad.. hehe..

Gee Lion said...

@Iris Jasmine hehehehe... *terkulat2. tersenyum2 segan*

Gee Lion said...

@ikhwan yusuff inshaAllah en.Ikhwan. InshaAllah ^^

Gee Lion said...

@Aku Penghibur dok eh. ni namanya hebat dlm membuang tebiat. hehe. =3

Gee Lion said...

@Rasp dok la otai. otai membuang tebiat ade ler.. hehe..
menulis sebab dah memang minat.
inshaAllah, jika masih diberi ilham, akan kekal menulis sampai bila-bila. ^^

Gee Lion said...

@PeRdU cINta amin cik PC.. inshaAllah..
tapi kesabaran pon ada limitnya juga kan cik PC?

Gee Lion said...

@wanariahamiza takde yg istimewa di blog-2 yg dulu. cuma penyetalker tu agak psycho orangnya. hurmm...

Gee Lion said...

@Chic Na tak mampu nak buat tak tahu cik Na.. hurm..

Gee Lion said...

@Affy Afiqah itulah kan cik ika.
ada samting yg buat kita rasa tak selamat menulis bila ada stalker.
rasa mcm terikat. terganggu.
hurmm..
last-2 idea pon terbantut.
macam mana tu..
hurmmm...
alhamdulillah cik ika ada tunang utk bagi semangat.
macam kak gee kan, rasanya sebab passion writing tu masih kuat.
that's why we are here today.
hurrrmmmmm..
=3

Gee Lion said...

@Sobri Yaacob first.. blog ke-6. hebat sebab buang tebiat. ngehehe.
kedua.. terpaksa sebab tak suka bila ada psycho baca blog kita. semua benda kita tulis dia nak complaint and make it as a big issue.
ketiga.. terima kasih en.Sobri. taklah berniat nak bermisteri begini. tapi kalau dah ramai suka sebegitu, inshaAllah akan kekal begitu selamanya. Ahaksss.. maceh ^^

Gee Lion said...

@mirza syazwina amin.. hope the same thing will be last forever cik syazwina ^^

Gee Lion said...

@fatin wawa yups, banyak benda rugi.. hurmm..

Gee Lion said...

@Naniey Jemiey haha. nak buat camner, saya suka menulis orangnya.
kadang-2 entah citer bende2 tah saya tulis.
merepek2.. hehe

Gee Lion said...

@Dzureen Darwis hah.. kantoi.. yeay2 saya dah tahu.. hehe. jadi ke mana blog2 tu sekarang?

Gee Lion said...

@Tinta Lana Waalaikummussalam cik Lana,
Iye keENAM. Taklah panjang sangat citer.. kalau potong pakai gunting, pendeklah jadinya. Hehe =3
Yups, stalker yg sama.
Psycho punyer orang.
Seremmmm tak?

Gee Lion said...

@Mazni Munawar hurmm.. i doubt that.
kak gee rasa, dia akan muncul balik.
dari komen2 yg diberi oleh anon, macam dah boleh detect je.
hurmm..

Gee Lion said...

@superVEE ada tempat yang buat kita rasa selesa.
ada yang tak.
rite?
hurmm..

Gee Lion said...

@Mime MF Banyak buang tebiat. =3
dua? topup lagi empat inshaAllah kita sama. Heheh..

Unknown said...

And yet, you still becoming quite a famous amos blogger xD

Hopefully this blog will last, and so do mine. It just my mood that I have to take care of so that I won't became lazy to update.

Izzati Amira said...

waahhh... senior ke ni?? hakhak. teruskan berblogging tau. suka baca entry awak (:

Pwincess said...

banyaknya blog dia. hehe.
tapi baguslah. even dah delete still jugak buat yang lain sebab nak layan ketagih menulis tu.
hehehe.
bagus bagus.
i love yr wrting. and love yr blog.
keep it up =D

Yana Yani said...

wah dah 6 blog ye...hebat tu!
apapun all the best

memabalas kunjungan =)

Atien said...

Byknya sampi 6..hihii..gud luck 4 this ok..nama betul siapa ye,,kenapa lion tu..sorry tanya.

Gee Lion said...

@Razi ten hamboi celah mane famous amous tu en.Razi oi...
in shaa Allah, selagi ada ilham & ada masa, this blog will last.
and i'm hoping the same for you too.
don't be lazy-lazy okay..
=3

Gee Lion said...

@Izzati Amira dok eh senior.
dulu pon main blog suka-suka je..

Gee Lion said...

@Nurulee ketagih.
itulah masalahnyer.
heeee..
thank your for that love cik Nurul.
love you too..
aiceh. jiwang lak memalam camni. ^^

Gee Lion said...

@yana yani hebat buang tebiat.
hehe.
terima kasih sudi ke mari.
esok2 datang lagi..

Gee Lion said...

@atien zuraidah biasalah, masalah.
makin dilari makin bertambah..
in shaa Allah kak atien, will trying to keep it update..
nama? call me Gee.
lion tu short form kepada bunga dandeLION.
heeee... <3

Unknown said...

UISS GEE..6 blog tu!!..akak baru je mula nak berblogger hehe..kompom dah banyak pengalaman kan ? bolehlah share kat akak ye Gee.. :)

Azlan Strider said...

sayangnya after all that effort u delete blog just sebab ade stalker..but kalau orang stalk sebenarnya susah nak halang...hurmm...

Regards,
-Strider-

Gee Lion said...

@Roha haha.. ada2 je kak Roha ni.. saya pon macam kak Roha juga, baru nak bertatih-tatih.. heeee.. =3

Gee Lion said...

@Azlan Strider entahlah en.Azlan, penat sebenarnya.. =(

Mr Z said...

wahh.. kira experience blogger la ni :D

Gee Lion said...

@Syazwan Wan dok eh... main blog pon suka2 je dulo... ^^

Nurulhidayah said...

blog dumbwriter, persis dandelion tu sempat gak Nurul baca.. hehe..harap2 blog ni hayatnya panjang :D gud luck Gee^^

Gee Lion said...

@Nurul Hidayah Amin.. in shaa Allah cik Nurul.. hihi..

Atien said...

@Gee Lionowh..

wanariahamiza said...

@Gee Lion Haha! PENYETALKER. Kelakar pulak bunyinya. Hehe.

Gee Lion said...

@wanariahamiza perkataan baru en.Wan. rosak bahasa Melayu camni. Hehehehehehehe..

Unknown said...

wah,banyak tu blog cik gee.hihi

Gee Lion said...

@nana kimie blog yg hidup segan, mati tak mauuu... (;

sobri yaacob said...

@Gee Lion
kalau bab ada psyco stalker yang baca..memng patut delate..atas dasr keselamatan diri kan mr gee...
tapi sayang la.. rasa nak delate :)

Gee Lion said...

@Sobri Yaacob memang rasa sayang. nasib baik blogging world.. kalau real world.. apa yg dpt saya delete yer en.Sobri? hurmmm...

Unknown said...

betul Gee. same goes to me. banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup ni. sangat banyak. tapi Tia cuba for not delete my old blog sebab entah. jatuh bangun Tia semuanya dari situ. Tia just delete some post yang tak sepatutnya and still keep writing. penulis selamanya tetap menulis. Tia pun rasa macam dah nak sawan kalau tak menulis. cuma sekarang cuba untuk lebih berhati-hati bila nak post sesuatu entri.

Gee Lion said...

yes exactly
sy akan lebih berhati2 sebab dah ada org sy kenal tahu blog ni kan jadi nak tulis ape2 kena tapis 2,3 kali dulu. sayang bila fikir utk delete blog jadi kali ni nak teruskan je dgn yg ini.