Terhumban

• Gee Lion • 12:00:00 • 42 Sembang

Tertusuk duri dalam hati
Itu yang kau tinggalkan
Setelah jauh berjalan jatuh
Akhirnya aku yang tersungkur

Sesuatu yang didatangkan
Tak pernah berkekalan
Rasakan diri bagai bermimpi
Tersedar pagi hari
Engkau telah pergi


Siang makin tua, malam makin hiba
Surat-surat cinta kuulang membaca
Selendang putihmu dalam genggamanku
Lambang kesucian cinta yang terhumban

Bara yang kugenggam di tangan
Perit makan di dalam
Yang dikatakan kemanusiaan
Terhapus oleh kebendaan

Mengapa ada pertemuan
Jalinan kemesraan
Di saat aku mengharapkan mu
Sanggup kau memutuskan sebuah ikatan


Lagu : Kenny Tay
Lirik : Habsah Hassan
Tajuk : Tanya pak cik Google.

  1. Cinta yg terhumban?
    sy tgh dgr smbil2 nk feel~

    ReplyDelete
  2. tgh google skrg?
    memng sedap lagu ni..lirik yg sangat mendalam..
    dgar mcm lagu era 80..90..an??

    ReplyDelete
  3. @Affy Afiqah yups, mungkin si wanita telah berubah selepas bertemu lelaki yg lebih kaya darinya..

    ReplyDelete
  4. @Ayue Idris tepat. tajuk lagu ni cinta yg terhumban.. :)

    ReplyDelete
  5. @asha hana cik hana lalui ke situasi ini... ?

    ReplyDelete
  6. @Sobri Yaacob sedapkan? penyanyi dia memang datang dari era tu.. zaman tu, semua lagu sedap2.. tak macam lagu zaman sekarang. kurang menyengat.

    ReplyDelete
  7. Nyanyian Datuk Syed Sobrie.. zaman pertengahan 80han ni...

    ReplyDelete
  8. Akak suka lagu ni tp lirik tkde kena mengena dlm hidup...hehehehe

    ReplyDelete
  9. Ingatkan awak bersajak Gee...rupanya lirik lagu yeh hehe

    ReplyDelete
  10. xpernah dengar lagu ni..but nice :)

    ReplyDelete
  11. @suka suka tepat. saya bagi 5 bintang kat kak mar.. hehe :)

    ReplyDelete
  12. @Wirda Amir samalah saya.. ada kena mengena sikit je (;

    ReplyDelete
  13. @hainom OKje saya tak pandai bersajak kak okje.. :)

    ReplyDelete
  14. @Cik Mun lagu org lama. kalau rajin dgr KL fm, kekadang depa ada putar lagu nih.. (:

    ReplyDelete
  15. tak pernah dgr lagu ni..hihi but liriknya mantap..;)

    ReplyDelete
  16. xpernah dgr.. sdih la dgr lagu ni.. arghh.. layan jiwang lak..

    ReplyDelete
  17. sangat mendalam maksud lirik lagu ini..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum gee :)

    Lagu 80an,90an, 'kuat' dari segi liriknya.

    Kalau lagu happy pun, terasa happynya. Lagu sayu mcmni, jgn citer, lagi2 kalau tgh mengalami sendiri..fuhhhh, mahu mencurah2 air mata ke ladang gandum,hehehe

    #Apa khabar gee? Blog sblm ni..dah takda ya? :)

    ReplyDelete
  19. Adoi.....sakitnya.
    Hanya orang pernah mengalaminya sahaja yang tahu betapa sakitnya putus cinta.
    Memang betul, Frust menonggeng....
    Lagu kegilaan masa zaman remaja dahu
    lu. Penyanyi tersebut tersebut adalah antara penyanyi yang paling hensom dan digilai peminat di waktu itu.
    Kalau tak silap MET, upacara perkahwinan beliau dengan isteri pertamanya berlangsung selama 7 hari 7 malam di utara tanahair.
    Isteri kedua beliau adalah rakan artis gandinagn beliau dalam lakonan, Azie.
    Emm....kalau nak cerita tentang beliau ni, ak cukup ruang.
    Artislah katakan....bukan artis zamn sekarang sahaja yang hebat, artis zaman dahulu pun hebat juga dengan kisah peribadinya.
    Cinta itu buta, tak kira isteri orang ataupun suami orang.
    Maaf Gee, pagi lagi MET dah merepek. Eh! dah tukar gambar ek?

    Assalamualaikum.......

    ReplyDelete
  20. @Gee Lion
    patutlah lah sound dia mcm drpda zaman era tu..sedap..layan abih...
    anyway suka lgu secret garden kat blg ni..lagu koreakah ini??

    ReplyDelete
  21. wahh lagu nie boleh tahan.. tapi kalau kamu create ayat seindahnya pastinya lebih indah

    ReplyDelete
  22. @Mime MF lagu orang lama cik Mime.. sebab tu jarang main kat radio.. heee.. =)

    ReplyDelete
  23. @Nurul Farahizzati sesekali berjiwang pe salahnye... hehe.. :)

    ReplyDelete
  24. @Mizz Aiza (Dunia Kecil) begitulah kak aiza, that's why i love it so much <3

    ReplyDelete
  25. @Tinta Lana betul tu cik Lana, lagu sekarang tak macam lagu dulu2.. macam tak menyengat sangat kan. walaupun kita generasi baru, tapi masih boleh addicted dgn lagu-lagu orang lama.. heee..

    #khabar baik. ermmm.. dah takda dah.. heee.. dah delete.. :)

    ReplyDelete
  26. @mak ieteng sakit dengan kisah lama ye mak ieteng? jangan macam tu, benda dah lepas jangan dikenang.. hehe..

    oh saya tak tahu pulak tentang artis nih, saya suka dengar lagu n suara dia je. sempatlah googling dia tadi lepas baca komen mak ieteng. oh dah dapat pangkat Datuk rupanya..

    yups dah tukar gambar.. hee... tapi rasa macam nak tukar lagi.. hehehe.. :)

    ReplyDelete
  27. Tak layan lagu putus cinta sebab malas terkenang yang dulu. Hehe.. Mssih fresh rasa sakit tu, mata pun masih ada kesan menangis. Haha :)

    ReplyDelete
  28. jangan terhumban perasaan dengan lirik ni :)

    ReplyDelete
  29. @superVEE jangan layan, jangan layan. merbahaya. haha. ;)

    ReplyDelete
  30. walau takde kaitan.. sesekali layan juga lagu camni :D

    ReplyDelete
  31. layan je lagu ni memlam walaupun tak pernah dgr seblm ni...

    ReplyDelete
  32. @ikhwan yusuff haaa.. suka jiwang memalam ea.. haha..

    ReplyDelete
  33. @Sobri Yaacob Saya rasa ini bukan lagu Korean. Pengupload lagu ni di YouTube bernama Eduardo. He said :

    "I made this using Secret Garden music and narration lyrics by Rolf Lovland."

    And saya google tentang Secret Garden di web, this is what I found :

    "Secret Garden is an award-winning Irish-Norwegian duo playing new instrumental music, also sometimes erroneously known as neo-classical music.. "

    Jadi, pada saya lagu ni takde kena mengena dengan Korea.. hehe..

    pnjang pulak penerangannya... :p

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...