Rahsia

• Gee Lion • 20:00:00 • 36 Sembang
Ada sebab kenapa ada cerita dipanggil sebagai kisah silam. Ada sebab kenapa ada cerita dipanggil sebagai kenangan. Setiap sebab, orang tak perlu tahu kenapa kerana itu terpulang pada kau untuk merahsiakannya.

Orang tak dapat paksa kau untuk buat pilihan. Dan orang juga tidak ada hak nak mengatakan pilihan kau salah. Tapi kau juga tak boleh fikir yang pilihan kau itu betul. Ironinya, tiada siapa tahu apa yang batil dan apa yang adil.


Kenangan, kalau orang tanya kau boleh cerita beribu kali.

Tapi kisah silam, kau bawa sampai ke mati. Ia adalah sebahagian daripada kau dan patut dibawa bersemadi bersama. Kau patut arif dengan makna silam. Silam adalah seangkatan dengan sisa-sisa semalam, perkara yang dah lepas yang takkan boleh diperbaharui lagi. Apa yang tinggal cuma pengajaran untuk kau jadikan hari ini sebagai kenangan.

Kalau mereka hadir dalam hidup kau sekarang, maka mereka tiada kena mengena dengan yang lepas. Dan mereka perlu terima kau, untuk siapa kau hari ini. Kalau tidak, mereka tidak ikhlas. Biarkan mereka pergi. Kau tak kisahkan? Untuk menyendiri lagi?

  1. kak gee.....
    silam. i hate my silam!! :(
    hm baru je nak post mengenai silamku. mcm tahu2 je kak gee ni <3

    thanks kak gee </3

    ReplyDelete
  2. Ada juga org yg tk tau dlm hidup dia yg mana satu kenangan,yg mana satu masa silam..ada kenangan yg pahit,ada juga yg manis tp masa silam selalunya yg pahit,yg setiap org berusaha utk lupakan,kalaupun diingat pasti dipendam....

    ReplyDelete
  3. pandai Gee olah..mesti dapat A penulisan kan..hehe

    ReplyDelete
  4. Kalau kisah silam yang pahit serta boleh mengaibkan, rasanya biarlah ia terpahat rapat2 dalam sanubari.

    ReplyDelete
  5. Ye..betui...terimala kita seadanya ari ni dgn ikhlas tnpa mempedulikn kisah2 silam kita.. :')

    ReplyDelete
  6. menyendiri akan menyebabkan diri kita sunyi.

    dan ada kalanya kita juga rasa sunyi dalam keriuhan disekeliling kita.

    MET suka menceritakan kenangan silam pada anak-anak untuk pedoman mereka di hari seterusnya.....

    Assalamualaikum GEE

    ReplyDelete
  7. kalau kisah silam yang sedih tu better lupakan kan..

    ReplyDelete
  8. setiap orang pasti ada kisah silam tersendiri.. apa yang penting perbaiki diri pada masa akan kini dan akan datang.. usah berasa trauma dengan kisah silam yang telah terjadi..

    ReplyDelete
  9. dan kekadang masa silam ni la yang menghantui kita,, xnak orang tahu kisah silam, dijauhi semua orang.

    ReplyDelete
  10. kenangan, terluah di mulut..kisah silam..terluah di hati

    ReplyDelete
  11. wah kak gee ni entah2 seorang yang pendiam tak? nampak gaya macam lebih banyak berkata-kata menggunakan tangan ni :) hehehe

    ReplyDelete
  12. kekadang tak dapat dinafikan masa silam nie boleh menghantui kita dikala kita tak duga..tapi jangan terlampau difikirkan sangat sebab takut ia menganggu prestasi kita untuk fokus kepada masa hadapan.

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. @Akeyla Azmi jangan hate2.. ada hikmahnya setiap kejadian tu, jangan lupe ye cik qila... (:

    post aje la... nak tahu juga.. kalau nak sharing utk pengajaran, apa salahnya... itukan pilihan kita.. (:

    you are most welcome.

    p/s: kak gee kan ahlil nujum. satu geng dgn cucu pak belalang ahlil nujum negara... hehehe..

    ReplyDelete
  14. @Wirda Amir masa silam memang susah nak lupakan.. especially bila ia pahit sangat2. :')

    ReplyDelete
  15. @Naniey Jemiey haha.. saya suka subjek bahasa melayu.. <3

    ReplyDelete
  16. @Ida Scripters betul tu, tak perlu nak cerita pada orang lain. dan orang lain pon tak perlu mendesak.. (:

    ReplyDelete
  17. @adrianna syaz inshaAllah, akan ada orang yg dapat menerima diri kita seadanya. it's just a matter of time.. (:

    ReplyDelete
  18. @mak ieteng dalam kesunyian dan menyendiri tu, Allah ada. kita tak pernah menyendiri sebenarnya.

    waalaikumusalam mak ieteng.. kata cerpen tak sedondon tu nak dibuat novel. tul ke?

    ReplyDelete
  19. @Mizz Aiza (Dunia Kecil) Hurmmm.. tapi dia trauma sangat2.. mungkin bagus jugak. sekurang2nya, dia tak ulang kesilapan buat kali ketiganya.

    ReplyDelete
  20. @Nurul Farahizzati pengajaran yg membawa kesan berpanjangan sampai semua orang nak dihindari. kena muhasabah diri balik semula orang macam nih... hihi.. =)

    ReplyDelete
  21. @Dzureen Darwis pendiam dgn orang yg tak kenal. dgn kawan2 sekepala.. haha.. jangan haraplah... =)

    tak semua org yg berkata-kata menggunakan tangan pendiam tau.. =)

    ReplyDelete
  22. @Ida Scripters saya tak jumpalah petak komen kat blog scripters.. kenapa ye?

    ReplyDelete
  23. @Azlan Strider betul tu.. some things have their own place.. (=

    ReplyDelete
  24. ada orang yang kisah silam akan menghantui dia seumur hidup, itu punca kenapa tak mampu dilupakan atau ditinggalkan...benda ni semuanya berbalik pada individu...tak boleh samakan dengan setiap orang kerana apa yang kita alami berbeza2 antara satu sama lain...macam ika juga...ika pernah accident..itu kisah silam...tp traumanya masih ad sampai sekarang..npe?sb accident tu hmpir meragut nyawa...kdg2 termimpi semula...kdg2 terbayang sendiri bila di jln raya....susah.... :)

    yang last tu...betul laa...klu org xleh trima kita seadanya kita skrg, mereka tidak ikhlas...just let go...sb akn ad yg lebih baik dn lebih pandai menghargai :)

    ReplyDelete
  25. masa silam saya sangat ngeri awak. ngeri gila kalau fikir balik boleh jadi gila haha =p


    Kalau boleh nak buang belaka kisah silam buat sakit kepala otak /:

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  27. @Affy Afiqah alhamdulillah, ika sangat memahami. =)
    setiap orang punya kisah masing2.
    setiap orang ada kenangan. ada kisah silam.
    setiap orang ada cara masing2 utk menyimpannya atau menceritakannya.

    yg penting kena belajar menerima, kisah kita sendiri atau pon kisah orang lain.
    jangan jadi hakim, jangan jadi juri.
    kalau kita nak kisah silam kita diterima, kita juga kena bersedia menerima kisah silam orang lain =)

    ReplyDelete
  28. @Hafiz Hafizol bolehlah buang En.Hafiz, pergi karan otak tu. inshaALLAH berkesan.. silap hari bulan hilang ingatan terus. haha :p

    ReplyDelete
  29. kisah silam..biarlah rahsia dgn Maha Pencipta shj..

    ReplyDelete
  30. silam dengan kenangan membawa dua makna berbeza. setiap org punya silam. bezanya sekental mana kita hadapi atau setabah mana kita tinggalkan silam itu ke belakang? semuanya kita boleh cerita tapi utk difaham oleh si pendegar rasanya mereka tak akan pernah faham. :)

    ReplyDelete
  31. @asha hana that's why better kita rahsiakan saja. kadang-2 orang suka judge kita based on our kisah silam.. something we can't change but of course we can change the way we behave now, cuma kadang-2 tu la, orang takkan faham..

    ReplyDelete
  32. Biarlah kisah silam berlalu bersama masa.. jadikan sejarah disudut lipatan hati..

    ReplyDelete
  33. @Nurul Hidayah betul tu cik Nurul, masa jua akan memulihkan segalanya.. (':

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...