Penyakit

Hati ini macam ada penyakit yang menyengat setiap masa. Digenggam kuat takut ia mati. Dibiar lepas takut ia berdenyut laju membunuh diri. Sakitnya, hanya dia saja yang tahu. Tiap kali kata hati itu datang dan mengetuk, ia bertambah sakit. Tiap kali itu jugalah dia berbaringan di situ, mengikat-ngikat tangan pada tubuh yang rapuh.

Arghhh bisakah punya penawar pada penyakit yang menyerang? Dirinya seakan jiwa yang menunggu masa dibawa pergi. Dan jika benar masa itu telah tiba, pasti segala bayangan pembawaan itu bakal disesali dan ditangisi.


Kata hati itu tidak diundang juga dia langsung tidak memaksa kata hati itu datang bertandang. Dia tidak pernah mengizinkan bahkan dia langsung tidak ingin memikirkan tentangnya.

Pergilah wahai penyakit. Sungguh kewujudanmu langsung tidak diperlukan oleh dia.

36 comments:

Mizz Aiza said...

setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati..

Pwincess said...

speechless. i dunno what to comment.
omg. the way you wrting is so amazing.
beautiful.

keep it up. and all the best.

Unknown said...

Semuga Gee cepat sembuh.

Pergi lari keliling padang supaya keluar peluh....

Hee....jatuh, bangun sendiri aaaaa....

Assalamualaikum...

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Jangan dibiar keadaan, sihat diluar, sakit didalam gee.. --> reply untuk previous entry,hehe :)

Kamu pasti kah kata hati itu tidak diundang? Bukankah hati milik diri. Kalau bukan kamu yg mengundangnya, siapa lagi..

CD said...

are in pain sis? la tahzan.. with the song in your blog and your writing, it's like i'm in pain too :'(

Nurulhidayah said...

Bersabar dan terus berusaha melawan penyakit hati.. semoga satu masa, penyakit tu akan sembuh sepenuhnya.. in shaa Allah :)

Anonymous said...

Penawar bg hati yg sakit adalah zikrullah....

Vee said...

Apakah penyakit ini .. ? o.o

Mizz Aiza said...

salam maulidur rasul gee.. bersama kita berselawat ke atas baginda rasulullah saw.. :D

Gee Lion said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil) Dia sedang mencari penawarnya Kak Aiza.. =)

Gee Lion said...

@Nurulee Thank you thank you cik Nurul. Thank you for the comment and thank you for visiting my blog. Thank you =)

Gee Lion said...

@mak ieteng haha.. mak ieteng ni ada2 je.. taknak lah keliling padang, takda padang dekat sini. heeee.. =)

Gee Lion said...

@Tinta Lana Waalaikumusalam cik Lana, bukan nak dibiar tapi tak sengaja.. (:

Saya takde jawapan utk itu cik Lana..

Gee Lion said...

@Wirda Amir Iye, terima kasih kerana mengingatkan saya kak Wir.. =)

Gee Lion said...

@superVEE penyakit hati.. sakit hati. haha.

Gee Lion said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil) salam Maulidur Rasul kak Aiza, teringat zaman sekolah. Sambutan Maulidur Rasul selalu cikgu buat keliling kampung sambil berselawat ke atas baginda.. =)

Gee Lion said...

@Nurul Farahizzati Thank you for the empathy cik Zizie. I'm okay, I really am. Thank you.

And sorry for the song, I put it because it's inspired me to write well.(;

Gee Lion said...

@Nurul Hidayah inshaAllah cik Nurul, terima kasih juga kerana mendoakan.. :)

Unknown said...

jgn dibiarkan ia sakit berlarutan, meh cari penawarnya
salam maulidur rasul gee

Gee Lion said...

@Yumida Huda dia sedang mencari penawarnya kak Yumida.. =)

Jejari Menaip said...

tidak Allah datangkan penyakit hanya untuk membuat hamba2 sedar..sakit itu penghapus dosa2 kecil.. :)

Unknown said...

wah....hebatnya penulisan cik gee! moga baik2 aje ye....

Gee Lion said...

@ikhwan yusuff saya dah nasihat kat dia banyak kali en.Ikhwan. heee =)

Affy Afiqah said...

penyakit hati memang perlu dielakkan, sebab hati tu laa mulanya banyak rasa :) kalau sakit, mungkin sakit laa ia selamanya, kalau bahagia, bergembiralaa ia..hati simpan macam2 rasa :)

Azlan Strider said...

sy pernah dengar orang kata sakit itu menghapus dosa-dosa kecil...hehehe

Regards,
-Strider-

Gee Lion said...

@nana kimie terima kasih cik nana. Alhamdulillah, masih diberi ilham oleh Allah utk menulis.. (;

dah baik dah dia.. maceh... hehe.. ^^

Gee Lion said...

@Affy Afiqah hati lebih hebat dari hard disk computer kan? kena serang virus at least boleh bertahan lagi.. (;

Gee Lion said...

@Azlan Strider betul apa yang en.Azlan dengar.. (:

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim :

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.. "

Anonymous said...

semoga cepat sembuh oleh si dia yang mungkin hatinya hampir mati. selalunya bgitu. hana jugak sering lalui cuma penawar ada pada sang pencipta luka :')

OKje said...

Sakit tukan ujian.....supaya kita lebih mengingatiNya....

Gee Lion said...

@asha hana dia belum jumpa penawarnya cik Hana, walau dah berkali2 dia berdoa.. mungkin hatinya belum cukup ikhlas..... =(

Gee Lion said...

@hainom OKje betul tu kak.. saya setuju!!

Unknown said...

setiap penyakit ada penawarnya..semoga gee tabah menjalani ujian dari NYA..
akak doakan hopefully better right :)

Gee Lion said...

@Roha inshaAllah dia kuat kak.. she's should.. =)

sobri yaacob said...

ya setiap penyakit mesti ada ubatnya kcuali mati dan usia..
seram la plak baca gee..menginsafkan :P

Gee Lion said...

@Sobri Yaacob dia sedang mencari ubatnya en.Sobri.
jangan seram2.. seram pulak sy baca komen en.Sobri memalam cenggini.. heee..