Dimensi

Ada sebab kenapa dia tidak mahu kembali di sini. Di sini di dunia yang terpencil ini, antara kisah silam dan kenangan yang harus dia lemparkan jauh-jauh. Dalam ruang dimensi yang berbeza-beza, dia hanya mampu memerhati dan merasai diri di dalamnya. Sedang dia tak mampu berbuat apa-apa.

Saban hari, jiwa seseorang itu semakin akan mengenali apa itu fitrah dan lumrah kehidupan. Suatu hari di mana masa akan menggadaikan segalanya, adakah mereka akan mampu memahami bahawa apa yang berlaku bukan salah kain putih yang dibiar terumbang-ambing? Adakah mereka mampu memahami bahawa setiap kata-kata itu adalah hasil peniruan dan pemerhatian terhadap apa yang telah dikatakan oleh diri mereka sendiri?


Kasih tidak harus dipilih. Melainkan dalam diri engkau sendiri telah jatuh sayang lebih pada insan yang kau anggap sebagai malaikat, maka semua yang lain kau pandang sebelah mata. Dia tahu di bahagiannya sendiri banyak kekhilafan, namun perlukah kau menjadi berat sebelah pada anak kecil yang tidak berdosa?

Dan dimensi lama yang pernah terlaung suara dia pertama kali di dunia ini, dipandang sepi. Sesepi perasaan kosongnya waktu ini..

44 comments:

Unknown said...

anak kecil y x berdosa ..~~

hee..suka gaya penceritaan di sini.=)

Azlan Strider said...

saya sendiri kadang2 mempunyai kisah silam yang menghantui diri saya sehinggakan kadang kala mengganggu perancangan sy utk masa hadapan..sighhh...

Regards,
-Strider-

Nur Aliyah Syofia said...

speechless..mendalam sangat :'D

Jejari Menaip said...

sayu je membacanya..:'(

Kechek Buzz said...

mendalam maksudnya n amat menyengat hati.. :(

OKje said...

Hasil nukilan sendiri ke Gee...
hebat!....

Unknown said...

That's Haru and Shizuku chan on the pics xD

Aqilah Azmi said...

:(

sepi.
kosong...

Vee said...

Yes, I know how it feels when you feel empty. Like seriously empty.. Emotionless.

Dzureen Darwis said...

Memang pernah rasa kosong. Masa sekolah menengah dulu :(

CD said...

jangan dilakukan sebegitu kepada anak kecil. terdera mentalnya parah daripada fizikal.

Izzati Amira said...

deep. (:

Unknown said...

kesian pd si kecil yg x merasa keadilan kasih syg
sebak membacanya
Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Gee Lion said...

@Ai Syah alhamdulillah.. maceh ^^

Gee Lion said...

@Azlan Strider jangan begitu En.Azlan. saya akui benda ni berat, tapi saya pasti dia taknak berakhir macam ni. ada satu side dlm diri dia yg nak berakhir bahagia mcm orang lain =')

Gee Lion said...

@Nur Aliyah Syofia Alhamdulillah.. =)

Gee Lion said...

@ikhwan yusuff halus perasaan en.Ikhwan ni rupanya yer.. =p

puteri kasih said...

mendalam maksudnya, sayu je bila baca

Gee Lion said...

@Kechek Buzz tak dalam mana ni cik kechek.. =)

Gee Lion said...

@hainom OKje errr... hahaha.. alhamdulillah kak okjer.. =)

Gee Lion said...

@Razi ten hah! anime fan detected! :p

Gee Lion said...

@Akeyla Azmi i believe you didn't, rite cik qila?

Gee Lion said...

@superVEE emotionless. yups, that's it.

Gee Lion said...

@Dzureen Darwis dan mengapakah itu cik Zue? takpe.. perkara yg lepas mengajar kita.. I hope your present much more better than your past high school... :')

Gee Lion said...

@Nurul Farahizzati I wish I can say the same thing in front of her.. :(

Gee Lion said...

@Izzati Amira hurm.. i guess so.. (:

Gee Lion said...

@Yumida Huda nasib anak kecil yg diabai oleh keluarga yg seharusnya memilikinya..

sobri yaacob said...

im not sure apa story kat sini..tapi mcm based kmbali kpada silam.. agaknya gee kan?
pilihan hdup..

Akupenghibur.com said...

sangat mendalam entri ini ..sedih :(

Gee Lion said...

@puteri kasih heee... (:

Gee Lion said...

@Sobri Yaacob silam yg ada kena mengena dgn sekarang.. =)

Gee Lion said...

@Aku Penghibur :)

plain83 said...

oh... a clip from the anime Tonari no Kaibutsu-kun? ;3

Gee Lion said...

@plain83 If you think so, but honestly I don't know where it comes from. I took it from weheartit.com. You can click the picture to get there. Hee..

plain83 said...

@Gee Lion

<3 ^^

Scripters said...

Dalam maknanya. Ayat yang last Ida mentafsirkan kes penderaan terhadap kanak2 barangkali. Ataupun kes buang bayi yang tidak berdosa.

Gee Lion said...

@Ida Scripters Assalam cik Ida, hampir tepat. Penderaan emosi barangkali.. (:

zacky786 said...

empty

Nurulhidayah said...

Rasa sayu yang mendalam membaca posting yang ni. Syuhh...syuhhh... tak suka feeling begini.. huhu

Gee Lion said...

yups..

Gee Lion said...

saya tak bermaksud nak buat cik Nurul rasa mcm tu.. :(

Gee Lion said...

barangkali..

Mizz Aiza said...

ibu bapa menjadi role model kepada anak-anak..

Anonymous said...

Kita boleh memilih Gee...apa yg buat kita bahagia,kita teruskan,apa yg buat kita sedih maka tinggalkan wpun kdg2 yg sedih itu jugalah yg kita mahu..,.hehehehe......