Dandelion

Kisah si dandelion..

Yang gagah memandang ke langit. Yang kuat untuk terus tumbuh melata di mana-mana saja. Yang tabah untuk terus hidup meski di bawah payungan pohon lainnya. Dandelion.. yang hidupnya banyak sekali berterima kasih pada orang lain. Mudah sekali memohon maaf. Mungkin kerana ia tahu, riwayatnya tak lama di muka bumi ini. Sekali ditiup sang angin bayu, maka ia akan pergi, membawa diri.

Kisah si dandelion..

Setiap surai dandelion adalah ribuan harapan yang tidak terzahirkan. Dandelion setia menunjuk caranya, harapan bisa dicambah apabila ia keluar dari zon selesa. Ia harus meninggalkan dunia keleluasaan dan mengikut angin perubahan. Setiap surai itu akan punya kisah sendiri. Ada yang akan terbang jauh, melewati saujana yang luas lalu mendarat dan melahirkan jiwa baru. Ada yang terbawa mengaliri sungai bahkan ada yang terbang hingga melintasi dunia, jatuh di tempat asing yang langsung tidak pernah dikenali olehnya. Ke mana pon ia pergi, ia tetap akan bercambah dan terus hidup, hanya untuk meneruskan legasi sang dandelion.


Kisah si dandelion..

Yang tidak seindah lili, tidak seharum mawar dan tidak secantik cempaka namun tekad dan berani. Hidupnya cuma sementara di tanah asing tempat ia bermusafir. Tiba angin membelai lembut, si bunga itu akan melayang ke langit senja yang cukup indah berlukiskan tinta berwarna jingga. Bunga yang menarik dan penuh pengharapan namun amat rapuh.

Sangat merendah hati, mudah sekali memudarkan peribadi dan akhirnya menghilangkan diri.

Kisah si dandelion..

Yang cukup redha akan kejadian ciptaannya. Taatnya hanya pada Yang Esa justeru itu ia rela diterbangkan ke mana jua. Kerana ia dandelion, ia punya kekuatan namun ia juga punya kelemahan. Ia tampak sempurna namun sebenarnya, tidak juga. Padanya, hanya Allah SWT pemilik segala kesempurnaan di alam yang fana.

Kisah di sebalik Dandelion. Masih banyak misteri yang belum diketahui.
- GEE dandeLION

52 comments:

CD said...

zizie seorang peminat dandelion... just admire with them :) by the way, suka cara sis gee describe the dandelion :)

Scripters said...

Di harap Iman kita tidak serapuh Dandelion ni

Cik Itah said...

nice sharing :)

Anonymous said...

Setiap ciptaan Allah itu mempunyai fungsinya yg tersendiri...kekuatan dn kelemahan pasti ada...terserah kepada kita...diri kita ini persis apa.....apa yg penting,mesti diingat,siapapun kita,kita semua adalah sama...kita cuma HAMBA.....

Unknown said...

awk tulis sendiri ke? suka sangat baca!! <3

sobri yaacob said...

satu persolan yg masih bmain di benak fikiran.. apakah maksud dandelion.. it so mistik in my mind!

sangat puitis sebab ..bagaimana.. kenpa..smuanya dandelion! :P

Aqilah Azmi said...

tiup dandelion~

Aqilah Azmi said...

<3
tidah seindah lili,
tidak seharum mawar,
tidak secantik cempaka....

<3
I love it~
Yes. Byk misteri which still remain unknown hmmmm im waiting here.

Tunggu je satu persatu....
Di reveal kan hehehe

sobri yaacob said...

jenuh pikir apa dendelon..lpas google..rupanya ada kaitan dgn gambar yg di post..dendelon one type of flower!! berwarna putih atau kining..
berterbangan apabila dituup angin :)

Mizz Aiza said...

dandelion itu nama sejenis pokok (macam dalam gambar) tu ke? akak pun kurang faham..

Chic Na said...

suka main tiup2 dandelion.. cantik je bila terbang.. :)

Gee Lion said...

@Nurul Farahizzati ini saduran karya. dah banyak orang buat entri persis ini.

Gee Lion said...

@Ida Syuhada dia rapuh kerana sifatnya. sama seperti rapuhnya si manusia.. (:

Gee Lion said...

@Cik Itah@RRP tenkiu <3

Gee Lion said...

@Wirda Amir kita cuma hamba, yg akan kembali pada Dia. cuma saya dan dia belum bersedia gamaknya..

wanariahamiza said...

Salam ziarah tahun baharu. Moga tahu ini lebih banyak kejayaan yang bakal dicipta. Di dunia dan di akhirat. :)

Perkenalan yang masih baharu. Terima kasih singgah blog saya selalu. :)

Gee Lion said...

@Iris Jasmine Alhamdulillah, masih diberi ilham utk menulis.. (:

Gee Lion said...

@Sobri Yaacob errrr.. dandelion memang mistik. tapi saya bukan. saya manusia. hehe.. :p

Gee Lion said...

@Akeyla Azmi sebelum tiup tu, pasang hajat naaa.. hihi <3

Gee Lion said...

@Akeyla Azmi setiap perkara ada masanya.. love it right? coz sometimes, kita pon macam dandelion.. (':

Gee Lion said...

@Sobri Yaacob En.Sobri ni kelakar lah.. sanggup pigi google apa dia dandelion tu.. dan dan je..

one thing, tentulah ada asas utk setiap penulisan saya.. hehe .. :p

Gee Lion said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil) iye kak aiza.. heee.. :)

Affy Afiqah said...

ika pun suka dandelion, sebenarnya semua bunga ika suka...asalkan cantik...suka tengok :)

semoga tahun ini lebih baik ya gee :)

Anonymous said...

Maaf lama x jenguk, kesihatan x mengizinkan. Singgah jgk ari ni !

Gee Lion said...

@Affy Afiqah inshaAllah ika.. hoping the same for you.. :')

Gee Lion said...

@Kesuma Angsana never mind.. don't rush2. take care your health first.. (: so now macam mana? dah okay sikit?

tenkiu sudi ke mari.. (:

dear anies said...

1st time tgk dandelion ni dlm drama korea ;-)

Anonymous said...

Bersedia atau tidak,kita tetap akan pergi bila dh smpai masanya,tk cepat atau lmbt wpun sesaat....moga kamu dn dia sihat hari ini....

Unknown said...

Wahh.. kenapa aku berasa tenang apabila membacanya.. X?

Gee Lion said...

@Chic Na lembut je kan dia.. ^^

Gee Lion said...

@wanariahamiza waalaikumussalam..
iye, memang baru. masih ada bau-bau kedai lagi.. entri best, saya singgahlah.. hehe :p

btw, nama wanariahamiza tu takde singkatan ke? :)

Gee Lion said...

@Khai♥Rin : anies citer ape tu kak?

Gee Lion said...

@Wirda Amir alhamdulillah, masih diberi peluang olehNya utk bernafas.. kak Wir apa khabar? lama tak dengar cerita?

sobri yaacob said...

@Gee Lion
actualy gee saya x pnah dgr apa pkataan dendelion.. bunyi agak mistik..he..he.. rupanya sejenis bunga..tq gee skrg pngtuan sya smkain btambah he..he.. :P

Anonymous said...

hana suka cara sis menaip setiap entry. bahasa yang mudah difahami dan telus. mcm novelis. :)

Vee said...

Jiwa puitis.. :)

Gee Lion said...

@Sobri Yaacob iye en.Sobri, dandelion tu sejenis bunga. dia tak cantik tapi ramai yg suka.. (:

Gee Lion said...

@ANAK ITIK anak itik, aku kompius. kau lelaki ke perempuan?

Gee Lion said...

@asha hana alhamdulillah masih diberi ilham oleh Allah utk menulis.. bahasa pon dari Dia juga. (:

tapi novelis.. tidak, daku tidak mahu menjadi seperti novelis. biarlah semacam ini saja... hew3.. ;)

Gee Lion said...

@superVEE hehehe.. *tunduk2 malu*

Adriannasyaz said...

Gee..sya pun suka dendelion..nmpk sgt comey bila dia terbang2..sllu je kutip rumput yang ada an malaysia.ni yg seakan2 dandelion..pastu tiup2..fefeling mcm kat negeri omputih..ngeh..ngeh..^_^

Fi said...

Alaaa apa ni .. Rupanya tu ke maksud dandelion .. Serious fiqah tak pernah tahu pun pasal bunga ni .. Rasanya pernah nmpak tapi tak pernah tahu namanyaa .. Sedapnyaa dengar kata-kata akak .. Berpuitis sungguh

Mime MF said...

oh dandelion..bg sy, cara awak cerita dandelion ni sama mc perjalanan hidup manusia atas muka bumi ni..:)

Mizz Aiza said...

@Gee Lion
owh. baru akak tahu.. hehe..

Gee Lion said...

@adrianna syaz masa tiup tu ada orang nampak tak? kang lain pulak yg orang pikiaq nampak cik adrianna tiup rumput.. hehe.. :p

Gee Lion said...

@Afiqah AdzanIye cik fiqa, dandelion adalah sejenis bunga. Cuma kak gee saja elaborate macam drama sikit dalam entri ni. Hehehe.. Tenkiu cik Fiqa sudi baca, alhamdulillah masih diberi ilham oleh Allah swt utk menulis.. ^^

Gee Lion said...

@Mime MF tak mustahil. sebab kadang-kala, kita pon boleh jadi macam dandelion. & banyak benda di sekeliling boleh bagi pengajaran pd kita.. (:

Gee Lion said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil) aiyarkkkk...

Pha Is said...

perumpamaan yg baik.. tingginya tawakkal kepada Allah..

Nurulhidayah said...

Suka sangat dengan cara huraian Gee diatas..so the puitis one! loike! :D

Gee Lion said...

@Pha Is itulah seharusnya sifat manusia en.Pha Is (:

Gee Lion said...

@Nurul Hidayah thank you so much cik Nurul. Alhamdulillah, masih diberi ilham oleh Allah utk menulis.. (=