Drama

• Gee Lion • 09:00:00 • 36 Sembang
Dia kata nak jumpa aku.
Dia minta pulangkan semua barang-barang dia.
Aku tak kisah langsung pasal barang dia tu.
Aku pon taknak simpan lama-lama.
Untuk apa?

Cuma, aku taknak keluar waktu petang.
Aku dah belajar dari kesilapan dulu.
Petang akan berganjak kepada malam.
Aku tahu helah dia. Aku tahu semua itu.

Dah hampir setahun semenjak drama tu berlaku.
Aku dah dapat melupakan semuanya.
Aku terima semua kesalahan yang dia letak kat bahu aku.
Aku sedar, aku wanita yang ada harga.
Bukan sebarangan boleh dibida.

Bukan macam dia.
Hanya tahu berpura-pura.
Sungguh dia pak Ustaz yang bermuka-muka.
Menggunakan modal agama untuk membuat durjana.

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat.
Terpukau ku melihat.
Isi hati murahan.
Sampai bila kau mahu tersesat.
Tidak kau penat.
Hidup penuh muslihat.
Mahkotamu Raja Drama !!



Penipuan bukan kesilapan, ia pilihan.
Kau tak hanya menipu aku, kau menipu kita.
Kau bukan hanya meranapkan hati aku, kau menghancurkan masa depan kita.
You said "I love You".
And I said it too.
The only difference is, I didn't lie to you.

Drama tak perlu wujud dalam hubungan yang matang.
Sebab drama boleh buat hubungan jadi tunggang-langgang.
Kau ingin menang sikit pon aku tak ciut.
Sebab pada aku, sifat itu hanya ada pada sang lelaki yang pengecut!

  1. Macam sedih je. Tambah lagi baca sambil dgr instrumental music. Hehehe. I like the part "penipuan bukan kesilapan,ia pilihan." I always ask myself why do people choose to tell a lie instead of telling the truth. hmm. padahal bercakap benar lagi senang daripada menipu.

    ReplyDelete
  2. salam Gee,

    ini pertama kali akak bc entri gee sambil ketawa..hehehe

    ckp pd lelaki tu,kalau dh bg barang pada org,jgn minta blk nanti buruk siku,pastu ckp pd dia,brg tu kalau bg pd harimau,harimaupun takmau apalagi singa..hehe

    akakpun suka lelaki matang tp lelaki ni,bila sifat matangnya dtg,umpama seorg bapak,kdg2 kematanganya hilang sehingga menjadi sprti anak2,..(ini lelaki2 yg akak kenali la)

    ReplyDelete
  3. siapakah gerangan si tutttt
    moga dia berubah n insaf
    x baik berselindung di sebalik perangai sebegitu

    ReplyDelete
  4. penipuan...sekecil penipuan boleh memberi kehancuran yang besar...lbh lagi melibatkan perasaan & hidup seseorang..

    ReplyDelete
  5. baik tinggalkan je lelaki yang penuh tipu muslihat macam tu.. mulut je manis..

    ReplyDelete
  6. hidup umpana pentas drama yang tanpa skripnya..kitalah yang menjadi pelakon dan pengarahnya.... sedih :'(

    ReplyDelete
  7. @Iris Jasmine sebab mereka lebih memberi perhatian terhadap apa yang mereka tiada dalam hidup, berbanding apa yang mereka sedia ada.
    dan mereka tahu, lebih mudah mendapatkan kemaafan berbanding kebenaran.

    ReplyDelete
  8. @Wirda Amir itulah pasal kak Wir, tapi lelaki yang sorang ni tak faham.
    dia pulak berdolak-dalik tentang masa.
    kejap dia cakap free. kejap tak free.
    eh buat macam saya pulak terhegeh-2 nak jumpa dia.
    nampak tak sakit hati kat situ.
    ish.

    sebenarnya, ada side dlm diri lelaki ni macam budak-2.
    somehow, depa akan tunjuk.
    it's just a matter of time.
    ada yang baguih, nampak sweet and comel je.
    macam comel je macam cantik je.
    ada yg mengada-ngada tu, menyampah giler.
    rasa macam nak lempang je.
    macam lelaki yang kat dlm entri ni lah.

    maaf ye kalau ada lelaki yg terasa. mwehehehe..

    ReplyDelete
  9. @Yumida Huda si dia ialah pengalaman saya yg paling berharga kak yumida.. =)

    ReplyDelete
  10. @Mime MF it's just like a paper. once it's crumpled it would never be the same again..

    ReplyDelete
  11. @Mizz Aiza (Dunia Kecil) ha'ah.. manis sangat mulut dia tu kak aiza, sampai semut2 suka gigit mulut dia. padan muka..

    ReplyDelete
  12. @ikhwan yusuff jadi en.Ikhwan, sekiranya kita pelakon & pengarah, maka sudah tentu kita boleh tulis skripnya sendiri. saya nak tulis skrip yg hepi2 je lagu ni.. en.Ikhwan pon mesti tulis skrip yg hepi2 je. jadi en.ikhwan takkan sedih2 lagi.. heeee... :')

    ReplyDelete
  13. wah menusuk hati apa yang gee cakap ni
    buat akak teringat pada seseorang
    dia penah ada scandal dengan adik akak
    akak tak suka dia sebab muka "pelakon"
    betul kau! cakap bab agama, walawei!
    kalah ustaz kazim
    tap hakikat, hampeh!

    ReplyDelete
  14. @yana yani orang macam tu memang pandai berpura-pura kak yana kan.
    paling malang saya tak dapat nak bezakan.
    in shaa Allah lepas ni, saya dan mungkin adik kak yana tu akan lebih berhati-hati dlm memilih kawan.. :)

    ReplyDelete
  15. Ai....macam merajuk aje. lagu sedih lagi tu...

    biasalah lelaki Gee. kita kena biasakan diri dengan mereka yang kebanyakannya begini. susah nak cari yang begitu.

    Tukar gambar lagi?

    Assalamualaikum....

    ReplyDelete
  16. drama macam nie pernah jadi kat i..at 1st dont know laa for real or not but dia kata nak pulangkan barang i so i take the same measure dan pulangkan barang dia..suddenly after that we broke up..but 1 part yang that i dont understand is why dia menangis ter'esak-esak sedangkan dia yang start dulu..maybe coz its all a drama kot..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. @Gee Lion
    hihi.. nasib baik tak kena kencing manis tu..

    ReplyDelete
  18. @mak ieteng itulah pasal met.. tabahkan diri ajelar.. proses mematangkan diri dlm hidup, bukan senang orang kata. aiceh.. ~.~

    yups, tukar lagi.. mwehehehhe..

    ReplyDelete
  19. @Azlan Strider now she knows what she lost. and she regret it.
    macam saya balas pd komen cik Iris kat atas tu.
    orang menipu sebab depa tak sedar apa yg depa dah sedia ada.
    bila dah buat, baru menyesal.

    ReplyDelete
  20. @Mizz Aiza (Dunia Kecil) kalau dia kena sungguh... yes.. i loike it.. mwahahahha *gelak jahat*

    ReplyDelete
  21. awak sabar je.. saya pun pernah jadi cmtu sampai kan chocolate yang dah masuk perut pun mintak balik.. tp tu org cakap cinta monyet zaman sekolah.. sekarang dah kawen tak nak fikir benda2 remeh camtu.. then baca entry awak teringat pulak .. hehehe.. chilllll :)

    ReplyDelete
  22. Kisah benar ker Gee? Kalau kisah benar, Ida juga pernah mengenali seorang ustz macam ni...pakar motivasi lagi...hanya berlindung dgn gelaran Dr. or ustaz sehingga kita orang yang biasa2 ini pun menjadi takut dengan dia...

    ReplyDelete
  23. Mmg alasan je tu kan..yg sya ni mintak brg sya x dpt2...agak2 la brg2 pompuan..nk smpn watpa je?dia nk pakai bju sya g keje ke pun.huhu

    ReplyDelete
  24. memang hampeh lelaki yg cam gini.. sepak masuk longkang lagi bagus..! (emo plakk.. huhu)

    ReplyDelete
  25. @adrianna syaz kadang-2 dia memang sengaja buat macam tu..

    ReplyDelete
  26. @Nurul Hidayah jom kita sepak sama2! Hoho! Bestnyer kalau dapat buat betul2! Huhu..

    ReplyDelete
  27. ya. drama hanya ada pada lelaki yang pengecut tidak berani berdepan dengan masa depan. dia sepatutnya sedar tapi kenapa kadang wanita selalu berharap akan ada realiti dalam fantasi?

    ReplyDelete
  28. Oh dramaking! Ingat pulak satu lagu tu.

    ReplyDelete
  29. @asha hana wanita memang begitu cik Hana, sayangkan? sebab tu doa-2 lah selalu.. moga2 lelaki yg dipertemukan dgn kita oleh Allah will turn the fantasy to the reality.. (':

    ReplyDelete
  30. @wanariahamiza memang lagu tersebut sesuai dgn golongan lelaki seperti ini en.Wan. dan saya pasti en.Wan bukan, kan?

    jeng3... >.<

    ReplyDelete
  31. ada kawan nana,ex-bf dia pinjam phone sampai sudah tak pulang2,tak malu betul pinjam barang orang tak pandai pulang,lelaki pulak tu,huhu

    ReplyDelete
  32. @nana kimie itu perkara biasa kot cik Nana.. huhuhu.. )':

    ReplyDelete
  33. @arina abdul rahman adoi.. kelakar betul. itu nasib baik cokelat, kalau makanan lain dia mintak juga? eeeuuu...

    ReplyDelete
  34. @Ida Scripters itu memang drama king cik ida... errr... tak sangka ada orang yg akan gunakan agama sbg topeng muka dia yg jahat tu..

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...