Twist

Andai kau buang s pada blogspot kau akan dapati yang kau didirect ke satu link yang lain. Cubalah menggunakan URL blog siapa sahaja termasuk kau sendiri, ke situ juga perginya kau nanti.

Agenda seperti ini bukan penyakit. Ia adalah perjuangan bagi setiap agama yang wujud di muka bumi ini. Hatta, barang siapa yang lebih menguasai teknologi bahkan menciptanya, mempunyai peluang dominasi yang lebih. Termasuklah dengan hanya mentwist blogspot hanya kepada blogpot.

Sukar untuk percaya fenomena ini berlaku di Malaysia. Tiada kengkangan tiada halangan. Semuanya dilakukan atas nama demokrasi dan kebebasan agama.


Tapi hati kau wahai para Islam. Mana kau letak hati kau? Kau masih bergaduh tentang bangsa, kau masih bergaduh tentang kasta bahasa. Kau masih bergaduh tentang peri penting budayamu, kau masih bergaduh tentang peri penting asal usulmu. Kau lupa, agama kau campak ke mana? Tidak mahukah kali ini kau menuntut atau membuat dakwaan baru, bahawa kami juga mencuri agama darimu?

Bahkan pada masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut. - Muhammad SAW

64 comments:

Anonymous said...

Komen akak td lekat ke tidak ye.?

Unknown said...

betul la. Yang memiliki teknologi la yang kuasai dunia.

Akupenghibur.com said...

ye memang pon jadi kita perlu berhati-hati mereka ada pelbagai cara untuk sesatkan kita

Scripters said...

Allahuakbar!!! takutnya... Ida dah test. Sebab tu bila ada orang kata Islam itu mundur kita tersangat emosi dan marah...Sebenarnya Islam ramai dimuka bumi ini tetapi sering berpecah belah... tak payah tengok diluar, Malaysia saja dah cukup!

Jejari Menaip said...

pelbagai cara digunakan...moga Islam megar dalam hati..

Unknown said...

yela... baru tau.. dasyat2... =/

Gee Lion said...

@Wirda Amir lekat kak Wir, di entri sebelumnya.. kak Wir apa khabar?

(:

Gee Lion said...

@Seri Selaseh yupsss.. cik seri, belog cik seri yg telekung selaseh tu ke?

Gee Lion said...

@Aku Penghibur saya tak pasti. pada kita itu sesuatu yg menyesatkan. pada mereka, ini 1 perjuangan.

hurmm..

sobri yaacob said...

already try gee..
pergi ke
mega site of bible study..
diharpkan kita peka dgn pkrkara sbegini..tq sharing gee...

Anonymous said...

hana suka caption nie. tersentuh. smoga kita dilindungi selalu. :')

OKje said...

Nak cubalah lepas ni Gee...buang s hehe

Anonymous said...

Maksud akak,komen akak utk entri ini..tak lekat rupa2nya...akak komen lebihkurang begini....apapun islam akan menang juga di dunia ini...ini janji Allah.....masanya akan tiba tp kita tk tau bilakan cik gee....

Anonymous said...

Akak sihat tp agak bz...sejak akhir2 ini akak bz dgn cara yg tk akak duga...tak ikut perancangan akak sendiri....perancangan Allah lebih baikkan.....?

Sally Samsaiman said...

semakin tinggi teknologi, semakin kita leka...semoga Islam terus berdiri kukuh.. :)

Gee Lion said...

@Ida Scripters tak sangka kan rupanya site terlalu mudah ditwist.. especially by those who create it. how about other site, or other social networking? Allah.. :'(

Gee Lion said...

@ikhwan yusuff inshaAllah, berjaya ke akhirnya.. janji Allah sudah pasti :')

Gee Lion said...

@ANAK ITIK hurm... :(

Gee Lion said...

@Sobri Yaacob kita tahu.. orang lain kat luar sana? hurmmm... ):

Gee Lion said...

@asha hana inshaAllah... :)

Gee Lion said...

@hainom OKje sila sila.. jadi bagaimana hasilnya kak?

Gee Lion said...

@Wirda Amir owh, hehe..

setuju kak Wir.. sayangnya mungkin keadaan tu tak berlaku pada zaman kita :')

cerita ni sangat mengingatkan saya pada novel Magis garapan RAM.. yg pernah saya cerita dlm entri lepas.. (:

Gee Lion said...

@Wirda Amir yeah, Allah is the best planner ever.. ;)

saya pon makin bizi lately, tapi sempat curi masa nak bw. cuma itulah, jadi tak cukup tidur.. i think i need to re-consider about the blogging things.. :')

Gee Lion said...

@Sally Samsaiman janji Allah, pasti Sally (:

Pha Is said...

dah tahu sebelum ni pasal blogpot tu.. nk buat macam mana, dah teknologi ni diorg konker.. kita kna usaha lebih lagi.. stuju dgn gee.. kita cuma sibuk berbalah sesama sndiri..

Mizz Aiza said...

mereka ada pelbagai perancangan untuk menyesatkan umat islam.. kena berhati-hati mengaplikasikannya..

Unknown said...

aah la..xpnah tau pun bnd ni.

Adriannasyaz said...

Mcm2 diaorg bleh buat skrg kan..emmm

Gee Lion said...

@Pha Is itulah pasal en.Pha Is..

Gee Lion said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil) kita okay, bagaimana dgn bebudak yg baru nak belajar IT kat luar sana.. ish3.

Gee Lion said...

@Ayue Idris so now you know.. be careful cik Ayue..

Unknown said...

sori celah kat cni..hehe..da longgarkn syarat GA..help me find my pelamin n dress ye ('',)

Unknown said...

tak pernah terfikir nak try keluarkan s. tapi nak trylah jap..

Unknown said...

eh. haahla..

Fi said...

Pernah tahu jugak pasal benda ni.. Senang je kan diorang nak pesongkan . Tapi harapnya semua umat islam dikuatkan iman ..

CD said...

Astaghfirullahalazim.. nak menangis pun ada la.. minta sape yg terer hack tu, hack site tu.. :'( :'(

Atien said...

mmg betul smua tu,mgkin inilah dunia akhir zaman.

Atien said...

done follow

Mime MF said...

emm nk ckp mcm mn ye..huhu kalau dilihat skrg ni memang ye..ramai yg pentingkan hal lain melebihi hal agama. Smpkan Islam diperlecehkan. Sedih, moga kita bersatu atas agama Islam InsyaAllah.

Unknown said...

err.. saya tak berpa fahamlah. means kita buang 's' pada "blogspot"? jadi dia akan jadi "blogpot"? gitu?

Aqilah Azmi said...

Yes. Betul. Gila kan diorang. Betul2 gila gila nak sebarkan agama diorang. Kita?

Hm sedih kan...
Harap islam makin bangkit sebab islam tu big!!! :D<3 Cnt describe heehe sama2 lah jgn tnggal al-quran, sunnah,etc <3

HeNRieTTa JoSe said...

Pening bila memikirkan apa yg sedang berlaku seluruh dunia sekarang nie....takut pown ada....keliru pown kdg kala....

Mizz Aiza said...

@Gee Lion
betul tu.. tentu pemikiran mereka juga masih singkat..

Gee Lion said...

@adrianna syaz a'ah... ada yg lebih dasat dari ni..

Gee Lion said...

@Ayue Idris saya takde facebook.. yg wajib tu.. heheh.. (:

Gee Lion said...

@Ha Md see? see? see? hurm.. ):

Gee Lion said...

@Afiqah Adzan doa saya begitu juga..

Gee Lion said...

@Nurul Farahizzati ye, betul tu.. but in other side, kita doakanlah moga2 sapa yang buat begitu mendapat petunjuk Allah swt.. Amin.. :')

Gee Lion said...

@Barista My terima kasih sudi ke mari tuan kopi. smart la belog. i loike it!

Gee Lion said...

@atien zuraidah janji Allah semakin dekat..

Gee Lion said...

@atien zuraidah oh ye, tenkiu puan atien.. (:

Gee Lion said...

@Mime MF InshaAllah mime, diharapkan kita juga adalah salah satu yg mendokong penyatuan tersebut. (:

Gee Lion said...

@Cik Pensil begitulah ceritanya cik Pensil.. amacam? dah cuba? apa yg cik Pensil nampak?

Gee Lion said...

@Akeyla Azmi perjuangan sebegitu di mata mereka tak salah, yg kena kuat Iman adalah kita.. sokong qila, diharap kita juga salah satu yg mendokong Islam sebaiknya. jangan tinggal2 yer qila.. (:

Gee Lion said...

@HeNRieTTa JoSe cukup tahu di mana hati kita berdiri, inshaAllah tenang. (:

Unknown said...

dunia dah akhir zaman

Assalamualaikum

Nurulhidayah said...

bagi mereka itu satu perjuangan untuk agama mereka.. tidak dapat menyalahkan mereka..siapa yang lebih pasti akan mendominasikan yg kurang..berbalik pada diri kita sendiri..dimana perjuangan untuk agama dan iman kita pula?

Nurulhidayah said...

Aikk...penat type komen tadi..tak masuk rupenye.. haishhh...

Gee Lion said...

@mak ieteng waalakumussalam MET, cerpen tu saya dah baca. memang best MET. huhu... cerita betul ke MET?

Gee Lion said...

@Nurul Hidayah masuklah Nurul.. cer cek, tu kat atas.. ^^

that's right. berbalik pd iman kita sendiri. sekarang ni ramai yg bercakap tntg isu2 macam ni tapi diri sendiri tak berapa nak cermin.. errrr.. termasuklah saya juga... ~.~

Azlan Strider said...

insyallah kalau kita semua bersatu atas nama islam tanpa mengira jantina, bangsa dan pangkat sudah tentu tiada apa yang dapat menggoncangkan kita..

Regards,
-Strider-

sobri yaacob said...

@Gee Lion
itulah kalau silah langkah kat dunia siber ni..memng bawa padah...

Affy Afiqah said...

ika pernah cuba lama dah tentang ni gee :)

dan itu laa..masalahnya..susah nak ckp hal mcm ni...org Islam bukannya tak pandai..rmi pandai2...cuma kita terlalu leka dgn keselesaan....org yahudi sendri mengkaji alQuran untuk tahu mcm mana org Islam brjaya, memerintah dn sebagainya...kita? kita sendiri malas nak baca alQuran..tahu kehebatan kita....ada yang sedar...ad yang kuat...cuma tak cukup kuat dan tak cukup bersatu....itu kurangnya kita org islam ni...itu sekadar pendapat ika...tp ika yakin...satu hari nanti islam akn tetap kembali unggul...kembali jd yang terbaik...insyaAllah...dn semoga kita salah seorang drpd mereka2 yang memperjuangkan islam pada waktu itu nanti :)

Gee Lion said...

@Affy Afiqah pokok pangkalnya kepimpinan ika. nak tengok macam mana umat, kena tengok siapa pemimpinnya. sebab tu kalau ika perasan, pada zaman kegemilangan Islam pemimpinnya bukan calang2 orang.. =)

tapi kena tanya juga pada diri, apa kita dah buat utk Islam? kita boleh tak jadi pemimpin atau.. hanya nak tunggu orang lain memimpin kita...? hurmm..

inshaAllah ika, inshaAllah kita akan jadi salah seorang tersebut. Amin... ~.~