Ucapkan


Kasihku,
Aku pernah berjanji dirimu takkan aku lukai.
Demi melindungimu, aku harus melakukan semua ini.
Sungguh, tiada cara lain lagi.

Kasihku,
Cinta kita sendiri membawa kedukaan yang perit.
Sudah tidak daya lagi aku menjerit.

Katakanlah selamat tinggal padaku.
Aku bersedia melepaskan tangan yang selama ini mengelusku.
Sekiranya melupakan aku bakal memberi kebebasan padamu sayang;
Ucapkanlah selamat tinggal padaku..

Kasihku,
Kau tahu bila senyumanmu mula membeku,
Aku hanya mampu menyalahkan diriku.
Bukan hanya kata-kata bahkan jua cahaya,
Aku hilang segala-galanya.

Kasihku,
Pada saat cinta kita bersatu,
Aku tahu; aku takkan pernah lagi bertemu sesiapa yang lebih sempurna darimu..

Katakanlah selamat tinggal padaku.
Aku bersedia melepaskan tangan yang selama ini membelaiku.
Berada di sampingku menjadi pedampingku,
Bukanlah sesuatu yang baik sayangku;
Ucapkanlah selamat tinggal padaku..

Maafkanku meranapkan impian
Aku tak mampu hanya membiarkan
Aku tak sanggup melihat kau serba kekurangan
Sedang kau berhak dan layak bersama kesenangan
Kau kekasih yang menjadi dambaan
Aku tahu semua ini melukakan
Aku merasai kesakitan yang menular ke segenap tubuh badan
Semua ini mengambil sebahagian dari diriku untuk melepaskan kau pergi
Sungguh, aku tak menyangka ia akan berakhir begini..

Suaramu yang perlahan pudar dan menyirna.
Kini hilang dibawa sang pawana.
Rasa ini tidak bisa aku tanggungi.
Untuk diriku, usah kau tangisi.
Untuk dirimu, aku takkan berpaling lagi..


Selamat tinggal yang paling menyakitkan adalah yang tidak dapat diluahkan juga tidak dapat dijelaskan.


Inspired by : Tell me Goodbye by Big Bang

46 comments:

sobri yaacob said...

gee saya yg baca poem ni pun terasa perit.. mcm2 warna ada dlm penulisan ini.. :P

Anonymous said...

Pelikkan sikap sesergh org terutamnya lelaki,akak rasa,lelaki yg tinggalkan perempuan tanpa kata dn sebab adalah sgt dayus,bila dh kata cinta pd seseorg,silalah bertanggungjawab,kalau kata cinta itu satu kesilapan,sila berterus terang bahawa ia tersilap...kan senang begitu,akak yg perempuan ni pun blh buat...masa pensyarah tu nak akak jd isteri dia,dia nk dt melamar akak,akak ckp...sy syg abg,cuma nak jadi adik abg,bkn isteri abg,hrp abg faham perasaan itu...kemudian dia remove akak dr frendlist fb dia buat kali yg ke 5.....

P/s gee cmner nk buat profile picture mcm gee tu,setiap kali gee tukar,akan bertukar juga pic Gee di komen2 yg lama,mcm kat fb je...tp di blog ni,lain la akak punya,bila tukar,komen kita yg lama,picnya tk bertukarpun...ehehehehe....

Azlan Strider said...

kadang2 walaupun kita dah cuba yang terbaik tapi andaikata jodoh tiada, apa lagi yang mampu kita lakukan..

Regards,
-Strider-

Liza Aryanna Izaara said...

Ok bila baca ni saya rasa perasaan cinta tu dah mati kot dlm hati sy hehe.. tp sy syg kat suami sy. rasanya ada beza tak cinta dgn syg ? huhuhu

Fatimah Nabila said...

tq..done follow ur blog..

Jejari Menaip said...

mendalam maksud tu..hanya empunya badan yg thu maksud tersirat di sebaliknya..

Akupenghibur.com said...

mendalam entri.. semoga ALLAH permudahkan urusan kamu dan berikan kasih sayangnya

dear anies said...

aduhhh rs nk menangis je ni

Gee Lion said...

@Sobri Yaacob nape perit tu en.Sobri? pernah berada dalam warna inikah?

:3

Gee Lion said...

@Wirda Amir cinta boleh jadi satu kesilapan ke kak Wir?
bukankah cinta itu sendiri bermaksud tanggungjawab?
apa yg silap adalah manusia sendiri tu yg gagal mengawal hati.
cinta.. tak pernah silap.. :')

buat kali ke-5?
extremenyer en.Pensyarah tu.
erkk..
he really needs to sort out his priorities.. =)

p/s : kak Wir kena update dari old blogger profile kepada the new google plus. baru boleh jalan.. (;

Gee Lion said...

@Azlan Strider tepat en.Azlan. masa akan menentukan semuanya. Allah akan menentukan semuanya.. =)

Gee Lion said...

@Liza Izara Fazriel Fahmi awak rasa?
ada beza tak antara rindu dan ingat?

walau awak kata perasaan cinta tu dah mati, saya tak fikir ia mati.
kalau ia benar-benar dah mati, sebenarnya dari awal lagi awak tak pernah cintakan dia.

misal kata awak cuma sayang, sayang boleh diasuh.
mungkin perasaan cinta tu ada sebenarnya, cuma ia perlukan momentum atau anjakan untuk dikejutkan.

Gee Lion said...

@timm_bill you are most welcome. and thank you to you too.. =)

Gee Lion said...

@ikhwan yusuff saya tak rasa macam tu.. :3

Gee Lion said...

@Aku Penghibur amin.. terima kasih acik.. =3

Gee Lion said...

@Khai♥Rin : anies mengapa cik anies? awak baik-baik sajakan? ada kena-mengenakah?

Anonymous said...

Gee....cinta tu cuma perasaan je gee,dtg dr hati,hati kita ni,Allah yg mengawalnya,Dia yg berkuasa membolak balikkan hati manusia,kd2 ada or keliru antara,cinta,sayang,suka,teruja....disitulah kesilapannya..perasaan yg silap,maybe seseorg itu,fikir dia cintakan seseorg,tp sbnrnya itu bkn perasaan cinta tp cuma sayang,jd bila dh tersilap perasaan tu,bagitau..,bersuara...jn diam...bkn ke islam dh menetapkan,cinta yg paling benar adalah cinta kpd Allah dn rasulnya...,manusia hanya berada di sisi,cuma Allah sj yg berhak berada di hati...

P/s...owhhh...akak tkde ac google + tu..old blog tu plak apa...?hehe...

Anonymous said...

Cmner plak nk update dr old bloger profile ke google + tu gee...hehe

Mr Z said...

:'( mendalam maksudnye ni...

HeNRieTTa JoSe said...

I learn to tell....long time ago....biar perit, namun itulah hakikat...jika dipendam....jiwa melarat...

Pwincess said...

puitis. i just imagine bila tengah baca ni ada music background smthg like music from guitar.
omg omg. i love it. hm hm

=D

Yana Halim said...

errr....cinta itu anugerah Tuhan. Bukan saje2 nak jatuh cinta kat si polan2. Betul, kan?

Unknown said...

to say goodbye kepada org yg kite syg memang sukar..

Scripters said...

Cinta kalau sudah tidak mampu mempertahankannya lebih baik mencari jalan penyelesaian yang terbaik adalah berpisah. Jangan biarkan hati dan diri disakati. Carilah kebahagiaan yang lain...Prinsip Ida, Ida menyayangi hati Ida sendiri kerana kalau bukan kita yang menyayangi diri dan hati sendiri, jangan diharap orang lain.

puteri kasih said...

setiap selamat tinggal itu menyakitkan, tapi disebalik setiap selamat tinggal itu adalah satu permulaan baru.

Nurulhidayah said...

Perasaan terlalu subjektif.. sudah terluka merindu pulaaa.. *tringat kat satu lagu tu ^^

Adriannasyaz said...

Sya nk rasa sedih jgk ni...huhuhu

Mizz Aiza said...

boleh buat lirik lagu puisi ini.. biarkan dia pergi.. percayalah, pasti aka ada pengganti yang lebih baik darinya..

Gee Lion said...

@Wirda Amir owh kak Wir, begitu.. baru saya faham.
dan takde cinta yg benar2 sejati melainkan cinta Allah kpd hambaNya kan? begitu juga cinta Rasul kepada Allah.
malah belum tentu cinta kita kpd Allah sekuat cinta kita kpd manusia lain.. Hurm. Teringat beberapa cerita yg melibatkan anak remaja sekarang, memang sedih.. ):

p/s : nanti saya buatkan tutorial utk kak Wir ye. gimme some time. but actually kalau kak Wir google kat internet "Change old blogger profile into Google Plus", mesti kak Wir akan berjumpa banyak tutorial utk topik ini. ^^

Gee Lion said...

@Syazwan Wan Tak sedalam lautan lagi dik Wan.. :)

Gee Lion said...

@HeNRieTTa JoSe jadi tak salah lah kan dia ucapkan goodbye?

hurm...

Gee Lion said...

@Nurulee try baca sambil dengar lagu original dia.. lagi syiok tau ^^

Gee Lion said...

@Yana Halim betul.. dan bukan saja-saja juga dia nak tinggalkan.. ):

Gee Lion said...

@Cik Mun yups, that's the thing..

Gee Lion said...

@Ida Scripters cintai diri sendiri dulu, baru diri kita layak dicintai orang lain kan? selalu tengok cerita macam ni di TV-TV. gadis yg optimis dan ceria, paling diminati ramai orang.. =)

Gee Lion said...

@puteri kasih yups, totally agree with you ^^

Gee Lion said...

@Nurul Hidayah tak mampu melepaskan pon tak mampu melupakan.. hurmm.. apo nak buek tu cik Nurul.. ):

Gee Lion said...

@adrianna syaz lepaskan.
kalau dipendam dlm hati,
nanti hati yg sakit.
demam tak kebah2..
:')

Gee Lion said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil) originaliti ayat2 ni sndiri dari lirik lagu Telling Me Goodbye oleh Big Bang kak aiza. Lagu dia memang sedap.. :)

Nurulhidayah said...

@Gee Lion nk buek camno.. redho jek le.. huhu.. pasti akan berlalu bersama masa..in shaa Allah

Gee Lion said...

@Nurul Hidayah aaminn.. mohon dimakbulkan.. huhu.. ):

Anonymous said...

kalau lah dia mampu baca hati kita yang sarat dengan rasa. terkadang apa yang kita buat semuanya dalam keterpaksaan. semuanya. cuma dia tidak akan pernah mengerti. sampai bila2. mungkin :')

Gee Lion said...

@asha hana mungkin dia mengerti cik Hana. cuma tiada apa yg boleh dia lakukan... )':

Unknown said...

tgk lirik ni teringat lagu black pulak^^

Gee Lion said...

@nana kimie lagu black? lagu ape tu cik nana?

sobri yaacob said...

@Gee Lion


adalah.. biarkan ia kekal rasia Mr gee :) itu dipangil rahsia alam .. keh..keh..