Kisah Nasir #2

Bahagian Akhir dari Siri Kisah Nasir. Disebabkan cerita ini ditulis berdasarkan apa yang aku ingat saja, maka banyak fakta tidak dapat diceritakan dengan lebih terperinci.

Suatu malam, Nasir dibawa berjumpa dengan seorang lelaki yang tinggal berdekatan Kampung Darat Sir, Pahang. Korang pernah dengan rawatan tulang patah? Itulah kepakaran lelaki ini. Pak Teh dikatakan mampu mengubat mana-mana tulang yang patah. Jadi, Nasir pun duduk melunjur kakinya sementara Pak Teh mengurut-ngurut mencari apa yang bermasalah.

Pak Teh tak membaca apa-apa jampi. Secara tiba-tiba saja, dia mengangkat tangannya seolah menerima sesuatu dari entiti yang Nasir tak nampak. Dia juga seakan-seakan berkomunikasi dengan seseorang. Nasir mula tak sedap hati. Dia tak rela sekiranya kena berubat dengan makhluk yang tak diredhai oleh Allah.

Kegusaran hati Nasir lekas dijawab oleh Pak Teh. Pak Teh menjelaskan, kawannya dari alam bunian datang tengokkan kaki Nasir. Sebenarnya, kawan dialah pakar tersebut. Dia hanya pengantaranya saja. Kawannya memberitahu, kaki Nasir boleh diubati cuma rawatan ini akan menyebabkan Nasir mengalami kesakitan luar biasa seketika.

Pak Teh pun meminta Nasir bersiap sedia. Sebaik saja mendapat sendi yang betul, dia merentap bahagian kaki tersebut. Nasir terkedu. Kata Nasir, punyalah sakit sehingga tak terkeluar jeritan dari mulutnya. Tapi dia pasti, mukanya naik biru kerana hal tersebut. Pak Teh sempat memuji Nasir sebab katanya Nasir tenang tak menjerit. Kalau orang lain, dah melolong-lolong.

Pak Teh.. Pak Teh.. Kalaulah Pak Teh tahu...


Di sinilah, titik mula kaki Nasir menjadi tempang sikit. Kalau orang tengok sekejap mungkin tak perasan. Tapi jika dilihat betul-betul, kaki Nasir ada terjungkit sebelah sikit apabila berjalan. Dua hari selepas rawatan tersebut, Nasir dah boleh jalan seperti biasa.

Sakitnya betul seketika saja tapi hasilnya, sehingga ke hari ini kakinya baik. Boleh saja jalan siap berlari lagi seperti orang normal lainnya. Doktor kata, kes Nasir hopeless. Mungkin Nasir kena berkerusi roda sepanjang hayat. Tapi alhamdulillah dengan kuasa Allah, Nasir dapat semula nikmat kakinya.

Susah nak percaya kan? Tapi, percayalah.. Kasihmu lama tersulam.. Di ruang paling dalam... Terlalu jauh tak terselam..

Btw, dalam dunia ni ada macam-macam makhluk selain daripada kita yang kita tak nampak. Dan percayalah juga bahawa alam bunian itu wujud bahkan kata sesetengah orang, teknologi dan gaya mereka jauh lebih maju meninggalkan kita. Aku tak ragu mengatakan kerana kepakaran itulah kaki Nasir boleh sembuh dan tak lain tak bukan, sudah semestinya kerana kuasa Allah. Tanpa izinNya, mustahil Nasir boleh berjalan semula.

Bagaimana aku boleh tahu cerita di atas?

Nasir, di dalam cerita ini adalah abah aku sendiri.

Apakah anda percaya pada makhluk lain dimensi?

35 comments:

Aryan azra said...

macam dah agak nasir tu ayah gee..hehehe apapun memang akak percaya ada makhluk lain selain kita manusia yang berkongsi bumi ini dengan kita.

Kakcik Seroja said...

Selain manusia, jin dan iblis juga makhluk Allah. Mungkin yang kita katakan Bunian itu, adalah dari kalangan Jin...wallahhuaklam.

Semuanya kuasa DIA, bila DIA berkata 'jadi', maka jadilah ia... :)

Mrs. A said...

Percaya. Memang ada orang bunian ini berdasarkan pengalaman Mrs. A sendiri juga.

paridah said...

SAKIT PATAH TULANG KAKI NI SAKIT SGT GEE...PERNAH JUGA BERUBAT DGN SORANG PAK TEH TAPI DISEBABKAN SALAH MKN UBAT TERUS XBOLEH JLN.

Sha Mohamed said...

Setuju.. selain kita ada makhluk lain yang menghuni..
namun dengan izin Allah juga kesembuhan itu terjadi..
alhamdulillah...

Kakzakie Purvit said...

La... patutlah Gee boleh bercerita details
Kisahnya yg patah kaki tu ayah Gee sendiri:)

Apa pun kalau Allah nak buat boleh jadi. Kunfayakun. Jadi! maka akan jadilah..

AtieYusof said...

Allamdulillah Nasir boleh sembuh, walaupun Doktor dah ckp kemungkinan lumpuh.. mgkin asbab dengan urutan Pak Teh, tapi semuanya kuasa Allah kan... Allah yg menjdikan semua makhluk...

Zafirah Kama said...

Kasihmu lama tersulam.. Di ruang paling dalam... Terlalu jauh tak terselam.. hehehehe sempat...

Zafirah Kama said...

Alhamdulillah.. kadang ada penyakit yang boleh diubati dengan cara selain cara moden.. yang penting, ikhtiar

Humaira said...

hahhaa..ternyanyi sekali pulak..

Unknown said...

Assalamualaikum Gee
Dah baca sampai habis baru tau siapa Nasir
Alhmdulillah dgn izin Allah jugak tu
Allah suruh berikhtiar ye dak!

Kira Sakura said...

saya percaya je ada alam lain selain alam kita tapi tula sekarang banyak sangat cakap2 pasal syirik ni. sampai tak terkomen pape huuuu. alhamdulilah pakcik nasir dah sembuh

Abam Kie said...

As salam. Bahaya ni org bunian n makhluk halus yg mengganggu manusia ni..

Noor Maizan said...

Tengah serius membaca tetiba ternyanyi lagu CT pula.hahaha...

Saya percaya dengan kewujudan jin dan syaitan, dan pernah menyaksikan sendiri kerja mereka dalam memporak perandakan sebuah keluarga. Semoga kita semua selalu dalam lindungan Allah s.w.t .

Amy Hilmirda Daud said...

Sekarang dah sembuhlah ye, alhamdulillah.

Mummydearie said...

Akhirnya berakhir juga kisah si Nasir ni. Saya dah ingat-ingat lupa jalan cerita pertama, maklumlah usia dah tua katanya ^_^

Lah, 'Nasir' dalam cerita ni rupanya bapa Gee!

Saya ni nak kata tak percaya, percaya. Nak kata percaya, tak juga. Bukannya saya tak pernah ada pengalaman, adalah juga terutama ketika emak saya pernah dilanda penyakit 'alam ghaib' ni. Kalau didengar kisahnya, macam tak logik tapi bila dilihat dengan mata kepala sendiri, serius memang betul kejadiannya!

Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada-Nya. Kalau Allah kata nak disembuhkan, maka sembuhlah ia walau dengan apa cara sekali pun, walaupun kita rasa adakalanya macam tak logik saja ^_^

Julia Johari said...

Oh nasir tu abah gee rupanya...alhamdulilah akhirnya apa yg doktor ckp tu Allah juga lebih tahu...terus rasa semangat...mmg julia percaya kuasa Allah...jika kita berubat kerana Allah...pasti ada jalannya

suka suka said...

Biasanya kalau bab patah ni ada je yang pakar.. cara dia kan..semuanya Allah yang izinkan..

Pha Is said...

alam ghaib itu wujud...

Mar Mansor said...

kuasaNya tiada tandingan..subhanallah

Kaklong Chan said...

Alhamdulillah. Nasir bertuah jumpa org yg betul..
Kaklong percaya pada makhluk dimensi lain.. Cuma tak pernah jumpa je.. Rasa tu pernah dah.. T__T

dear anies said...

Kasihmu lama tersulam.. Di ruang paling dalam... Terlalu jauh tak terselam.. tetiba rs nk menyanyi hehehe

Reen said...

Wah... Pengalaman! Reen teringin nak tgk alam bunian... Bukan calang2 orang dapat masuk...

irdagarmin said...

irda percaya...dulu irda pernah beurut dengan satu nenek dr indonesia..usianya hanya 100an tahun tp masih kuat mengurut.dia sentuh perut irda..dia kata ini anak perempuan.memang betul anak perempuan yg keluar.kemudian dia tengok tapak tangan irda...dia kata urat tangan ni seorang yg pandai menyimpan wang..alhamdulilah eang dlm keluarga irda yg ada saving sikit2...tafsiran diorang kadang2 ada yg betul

imm said...

Percaya sebab ada saudara rapat yang dibukakan hijab untuk melihat makhluk dimensi lain.

Unknown said...

woahhh. patutlah tau cerita. btw, aku memang percaya ada dunia lain selain dunia kita. tak ada yang mustahil dalam dunia ni.

AtieYusof said...

Asslam.. moga sihat2 shj...lama menghilang :)

E'in said...

kite mmg percaya ade makhluk dr dimensi lain..

kat jb pun ade 1 tukang urut cina yg same mcm pak teh buat nie..

OKje said...

Wah dah mcm cerita Astro Alif 7 Dimensi jer Gee hihi....
Ohh....gitu ye Gee. Entahlah Gee nak percaya ke tidak. Sebab selalunya dengar cerita tak pun tengok kat TV. Mengalami sendiri harap harap janganlah. Takut weyh...

nini said...

Entahlah... my auntie pon ada yg percaya benda mcm ni....anak dia pernah kena culik oleh bunian dulu. N now selalu gak dtg jenguk family dia...hihi

Pha Is said...

wallahu a'lam.. :)

Pha Is said...

menyepi sekejap nampaknya.. hehehe

Fiza Rahman said...

Tekun membacanya. Nak kena baca episod 1 dulu lah. Tapi saya percaya memang ada makhluk dari dimensi lain.

Pha Is said...

singgah sini..

Warisan Petani said...

Singgah baca.