Tiada pujian untuk dirinya. Dirinya kerap disalahkan dan dibodohi hanya untuk suatu alasan yang dikira munasabah. Pasti, ketika kata hinaan itu hinggap pada hatinya, dindingnya lebur dan hancur. Namun, dibina semula kukuh bertulangkan ketabahan dan keimanan.
Apakah kiranya kudrat yang mendirikan teguh seorang wanita di dunia ini? Nampaknya, cinta itu semakin terbenam sebaliknya diganti dengan suatu pandangan yang penuh tekanan. Apakah sang lelaki itu fikir bahawa semua orang tidak merasakan beban yang dia tanggungi? Apakah dia fikir bahawa peneman hidupnya tidak merasakan yang serupa?
Merenung kembali sebab mengapa keadaan sebegitu terjadi, tidak juga akan membantu apa-apa. Kerana sebagai hambaNya, tidak akan sedar sehingga suatu kenikmatan itu ditarik semula. Bagaikan ingin menunggu saat tersebut berlabuh, namun rasionalnya hatiku sebolehnya mahu menghindarkan perkara itu daripada berlaku..
Selagi manusia tidak menyedari, bahawa yang buruk itu datangnya dari diri sendiri.
Dan kepada Dia jugalah sebaiknya tempat kembali.
24 comments:
Apabila kita kembali KepadaNYA semuanya akan terkubur begitu sahaja di dunia.
Iye, jadi sebenarnya takde makna pun semua perbalahan ni.. (':
indeed ..semoga Allah merahmati kamu dan permudahkan lagi-lagi soal hati
so true sis.. kekadang, tak nak berbalah pun. benda simple bleh di-ignore. tapi, ada pulak yg cucuk2 kasi panas. huhu.
aaminn.. semoga Allah permudahkan segala urusan 'dia' juga.. =)
orang yg pendek akal saja suka memanjangkan benda yg simple.. T_T
kalau kena orang mcm ni kan cik zizie, saya pelangkung je.
nasiblah 'dia' yg disebut-sebut ni penyabar orangnyer..
SALAM PAGI GEE...BAGUS PAPARAN-NYA.
nana suka laa ayat2 sis..even kadang tak dpat nak tangkap tentang apa^^ apapun semoga sis menjadi penulis terkenal satu hari nanti :)
Gee....cite episode ke apa ni?
terima kasih kak Paridah.
selamat malam.. ^^
terima kasih cik nana, alhamdulillah berkat ilham Allah beri..
masih mampu utk menulis & berkata-kata..
inshaAllah, tapi tak terfikir pun nak ke arah tu sebenarnya.. ^^
tak.. bukan..
kalau citer episode mesti saya tulis episod berapa kak okje..
ok2 je..
:D
Ayat2 gee ni deep betul lah. Sukaaa2. Keep it up geee :)
never endless fight and arguing :(
puitis sangat ni sampai OKje tu dak paham...hehe
apapun akak setuju sangat yang kita hanya menyedari
apabila nikmat tu ditarik balik
masa ada tak nampak pun
pernah ada dalam situasi macam yang awak tuliskan ni.
suami down sangat masa tu, sampaikan macam dah hilang punca hidup. akhirnya saya sebagai isteri cuba berdiri disebelahnya sebagai seorang yan tegas, garang dan tak berperi kemanusiaan.
supaya dia boleh bangun berdiri dan cari semangatnya kembali. Alhamdulilah usaha saya diperkenankan Allah :)
lelaki ni kadang ramai yang tak sedar. dalam dorang tak mahu menyusahkan kita, sebenarnya lebih membebankan kita dengan terderanya mental kita. adalah lebih baik duduk bersama dan cari penyelesaiannya kan
Hahaha... taklah mane ada..
Cuma biji mata tu kalau boleh kena renung skrin laptop ni sampai pecah baru boleh faham maksud entri saya kak yana & kak okje..
Mwahahaha.. ^^
Alhamdulillah cik scha.. Ilham Allah beri..
InshaAllah akan terus berkarya, terima kasih sudi ke mari.. ^^
tanpa menyedari bahawa semua itu memberi kesan pd insan tersayang.. (':
masa ada dibuang-buang,
masa yg hilang tercari-cari
apakan daya bila saat itu tiba yg mana saya pun tak mahu ia tiba,
saya takut mereka akan menyesalinya..
lelaki dlm komen cik kira di atas sebenarnya lelaki yg bertimbang rasa & bertanggungjawab sehingga tanpa sedar TERlalu bertanggungjawab sampai taknak orang lain rasa beban yg dia rasa.
namun lelaki, yg saya kenal di atas bukan begitu..
setuju....kekadang kita lupa tuk bersyukur...bukan org lain tap isis JM sendiri huhuhhu
berbalik semula pd diri sendiri ye JM.. saya pun...
huhuhu...
Post a Comment