Kau yang bernama lelaki..
Andainya suatu hari nanti takdirnya kita akan bersama melayari bahtera kehidupan, usah kau mimpikan selaut sutera keindahan. Usah kau igaukan kasih menggunung tanpa puncak. Usah kau harapkan kesempurnaan yang mutlak dari diri ini. Juga usah kau pohon sejuta cinta yang aku bahagikan kepada yang berhak.
Percayalah, untukmu ada sebutir mutiara berkilau indah yang aku tempatkan di takhta hatiku yang dalam. Percayalah, aku mencintaimu dengan setulus hatiku.
Akuilah hakikat yang tersurat,
Aku bukan Siti Khadijah yang penyabar dan lembut tingkahnya. Mahupun permata indah dengan sifat penyayang Siti Fatimah. Juga bukan secerdik pintar Siti Aisyah atau seperti Ummul Mukminin yang lain. Tentu sekali tidak persisnya Rabiatul Adawiyah wanita sufi yang terpuji. Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam yang redha, Siti Masyitah yang pasrah, Asiah yang penyantun ataupun Sumaiyyah yang tabah.
Kau yang bernama lelaki,
Mengertilah dengan kewarasan keislamanmu. Aku hanyalah wanita akhir zaman yang masih cuba mempertahankan maruah dan kesucian diri sebagai muslimah berlandaskan garisan-Nya dalam mengharungi kegawatan dunia masa kini dengan kemampuan diri yang tinggal sekuman cuma.
Kau yang bernama lelaki,
Demi keranaNya semata-mata. Tidak aku tagih apa-apa darimu. Cuma aku pohonkan sebuah pengertian dan kasih sayang yang suci bahawa aku adalah amanah untuk dirimu; Sekiranya kita ditakdirkan bersama.
Kau yang bernama lelaki,
Coretan di atas telah ditulis oleh dia, lalu dahulu ku titipkannya buat tatapan dirimu sebagai temanku. Kini kau adalah suami yang telah aku pilih sebagai pelindung dan penjagaku. Kiranya sudah kau mengerti, ingatkah lagi akan dikau bait indah kata-kata ini?
35 comments:
Penuh makna ni :D
Subhanallah..yang meletakkan cinta pertamanya pada Allah kini menjadi limited edition. .yakinlah masih ada..minta daripadaNya..
Cabaran wanita akhir zaman..alhamdulillah Dia yg kita utamakan ... insyaaAllah hari mendatang segalanya akan berjalan lancar... jika tergelincir kembali pada Nya.. pesanan untuk akak juga ..
Semestinya.. <3
Bila sama-sama saling lengkap-melengkapi kebahagiaan dpt dikecapi
Itulah alam rumahtangga yg patut diterajui bukan satu pihak saja tapi keduanya kena ada usaha bersama..
Sweetya puisi Cik gee <3
Selalu dia yang dtg melawat kita , HRI no Cik ain dtg melawat Cik gee pulok. Hehe
Sentiasa berdoa & berdoa, walaupun telah selamat bernikah. InshaAllah.. <3
InshaAllah kak Mar, terima kasih atas peringatan <3
Iya, betul.. Masih bertatih; al-maklumlah.. inai di jari pun masih belum pudar.. Hehehe..
Puisi ini ditulis orang lain. Kak Gee tujukan pd suami kak Gee.. Hehehe..
Terima kasih membalas lawatan. Alhamdulillah.. <3
buat insan bernama suami ... mengertilah ...
"Pemilik cintaku...setelah Allah dan Rasul". Tetiba teringat kat tajuk buku tu.
cintai suuami sepenuh hati selagi ia mencintaimu n jgn melebehi cintamu kpd Allah n rasul-Nya.
inshaAllah..
Tulisan oleh Fatimah Syarha.. Best kan buku tu? =D
InshaAllah.. =D
boleh tak nak bagi bakal suami kite baca? eh, calon suami pun takde. hehe
tetiba ternyanyi lagu lelaki ini - anuar zain dalam hati. hehhe..semoga berbahagia till jannah. Aaaminn
Buat para suami
kita perempuan nampak lelaki sbg pelindung dan pemimpin. laki kat luar sana, mengertilah!
takpe.. simpan dulu pastu bila ada calon sila tunjuk.. eh?
^_^
inshaAllah.. doa2kan ye.. terima kasih cik zati.. =D
yups.. =)
=)
huhuhu
pheww padu la Gee.
Mesti terharu cik abg baca ;)
siti fatimah adalah penulis asal kata2 di atas.. beliau sememangnya penulis yg berbakat.. =)
dia senyum je.. =)
sweetnyer...teringat masa akak baru kahwin dulu
orang perempuan ni kebiasaannya mempunyai impian yang sangat tinggi
terhadap insan bernama suami...terutama di awal usia perkahwinan
as time goes by, kita belajar terima sape sebenarnya dia
terima dia seadanya...baik ataupun buruk
hormati dia sebab pada dia ada syurga =)
akak doakan kebahagian gee dan mr F hingga ke jannah =)
alahai kak gee. nak lelaki jugak tapi tak jumpa lagi :')
tahniah kerana telah melangkah ke fasa yang baharu. lepas ni akak kasi la lelaki akak tu lagu lelaki - fynn jamal. :)
dimana 'lelaki' untuk CT pun tak tahula..
InshaAllah, itulah yg cuba saya pelajari di awal2 begini.
Aamiin.. semoga doa itu termakbul kak Yana. HEHE ^_^
Tak pernah dengar lagu tu cik Budak.
Macam best je ^_^
Ada tu.. sedang menunggu waktu yg sesuai utk bertemu.. ^_^
Post a Comment