Pindah rumah

Minggu ni dengan minggu lepas sibuk mengemas barang-barang di rumah lama. Satu rumah di barat, satu rumah di timur. Nasib baik aku dah jadi penganggur terhormat jadi level stress dia kurang di situ #lookthebrightside

Semuanya sebab, nak pindah ke rumah baru. Jeng jeng jeng. Tak sabar nak menyambut Ramadhan kat tempat baru. Harapan aku agar aku boleh staylah lama-lama kat situ malas dah nak pindah-pindah. Zaman bujang bolehlah nak hidup nomad sekarang dah kahwin barang makin banyak, aku harap aku takkan pindah dah. Malas nak ngangkut.

Harap-harap juga rumah baru aku tu tak 'keras'. Sekali ada benda lain tumpang sekaki. Haru. Minta dijauhkan. Doa-doakanlah ye. InshaAllah, semuanya akan baik-baik saja. #pujukhati

Nah, belanja sekeping gambor.

Jebat memang sengaja mengurungkan diri dia kat situ.
Ni gambar in progress. Baju bertimbun dari zaman belajar dan bercampur baur dengan baju adik-beradik lain. Baju aku sikit je, tapi tuan empunya baju dalam tu semua dah angkat kaki pas kahwin dan buat-buat lupa keberadaan barangan dorang kat rumah ni. So, kirim salam je lah aku nak simpan. Dah tiba masanya untuk diberikan kepada generasi seterusnya dan didermakan.

Lambakan baju yang menggelikan pandangan. Walaupun masih elok tapi disebabkan kekurangan beg, maka ke plastik sampahlah kau.
Ikutkan hati, dah malas aku nak ambil tahu or kemas barang-barang diorang ni. Tapi kasihan pula pada kakak aku. Paksa relalah aku ke rumahnya. Huhu.

Sekian, adios.

35 comments:

Mummydearie said...

Aduh, tak boleh bayangkan suasana bila berpindah rumah. Tengok kiri kotak. Tengok kanan kotak. Mana-mana pun nampak kotak aje sampai berharap setahun lepas tu tak akan nampak lagi kotak-kotak bergelimpangan minta simpati di-clear-kan isinya!

Nasib baik ada adik yang prihatin. Walaupun terpaksa rela aje, tetap juga simpan barang kakaknyakan!

paridah said...

JADIKAN RUMAH SBG SYURGA KEHIDUPAN BERKELUARGA...

Nieyla Nadia said...

Singgah pagi...
penat tau pindah rumah kan...
InsyaƁllah semoga semuanya di jauhi perkara² yg tak di ingin..Aminnn

Yana Yani said...

wah...nak pindah ye
akak kalau cite bab pindah ni sonok sebab perkataan pindah tu
yang tak best bila wujud pulak perkataan kemas...hehe
apapun akak doakan semoga semua dipermudahkan
kemas tu tak payah semua sehari, take ur time
eventually akan kemas juga nanti =)

jebat! my new hero! muah ciked =)
tuah mana tuah? tayang tuah pulak please

Chic Na said...

selamat berpindah.. moga selesa dgn tempat baru.. semua ok inshaAllah.. and selamat mengemas.. mesti penat kan.. :)

Qaseh Vee said...

bab mengemaslah plg memenatkan bila nak masuk rumah baru ... sis dah merasa .

Jejari Menaip said...

:D Salam.. oitttttt Kak.gee rmh baru..hihihihih.. btw selamat mengemaslah ya...

Hasif said...

waaa selamat menikmati rumah baru yer... rumah baru aura baru.. hihi

Jom join Segmen Terbaru Saya ini

Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik

Fidah Shah said...

Kalau pindah rumah..penatnya berhari hari tak hilang...
Selamat berpindah dan semoga lebih ceria di rumah baru.

Zafirah Jamaludin said...

pindah rumah memang best especially kalau rumah makin besar, tempat makin selesa tapi yang tak bestnya tu lah, kena angkut punggah kemas barang huhuhuhuhu letih! anyway selamat berpindah, moga lebih banyak memori baru yang indah dicipta bersama keluarga :)

Scha Nazri said...

Asal cantik sangat blog geee nii? geram akak tawww. hahaha.

pindah rumahhh? part ngemas tu yg parah sekali. haha

Gee Lion said...

Dengan saya mudah je MD, banyak barang buang dari masuk kotak. Settle.
Saya memang adik yg baik.. Hak hak hakkkkk tuihhhh...

Gee Lion said...

Betul tu PI =)

Gee Lion said...

Aamiin.. Thanks Nieyl ^_^

Gee Lion said...

tapi kak yana, perkataan dan pindah dan kemas memang tak dapat dipisahkan.
hehe.
ye, dah start kemas dari minggu lepas lagi.
sebab ambil barang dari lain-lain rumah, itu yg jadi penat lebih tu.

tau tak jebat tak suka kena cium.
kalau kita cium dia, dia sapu2 balik.
nak gomol2 dia pun kena berkejor..
haha..
tuah? esok ye.. hihi.. ^_^

Gee Lion said...

thanks chic na.
kena settle before puasa
kalau tak lagi penat
^_^

Gee Lion said...

kan best kalau ada superman dtg tolong. :'(

Gee Lion said...

terima kasih dak ikhwan ^_^

Gee Lion said...

thanks AH,
inshaAllah saya join.
^_^

Gee Lion said...

InshaAllah kak Fidah,
Thanks ye.
Selamat malam.. ^_^

Gee Lion said...

Terima kasih Zafirah dan selamat malam.
Malam2 yg indah.. ^_^

Letih angkut barang, esok sambung lagi sampai minggu depan.
Huhu

Gee Lion said...

terima kasih scha. akak ke? iols lagi tua dari uols tauuuuuuuu..
hehe ^_^

Yana Yani said...

still waiting for tuah
tuah kat mana, tuah, tuah kat mana

Sally Samsaiman said...

Minggu ni ramai pulak blogger yang berpindah...hihihi...rancang beramai-ramai ke macam mana ni? hahahaha...

semoga dipermudahkan semua urusan ye :)

Aryan azra said...

semoga lebih selesa ditempat baru...

ShasuaN said...

pindah rumah ,klu sy rasa mcm penat nak mngemas barang ,tp xcited tu ada yala mau masuk ruma baru kn ..pikir yg best2 ja .... hihihi

Razila said...

Selamat berumah baru =)

Farah said...

Leceh sangat kalau nak mengemas untuk pindah ni.

suka suka said...

No sayang and simpan ya.... pi hantar kt pusat recycle.. suruh husband azan kat rumah baru...

Kira Sakura said...

pindah rumah baru memang bestttttt sangat tapi nak mengemasnya azab betoiiii. rasa macam nak cuti sebulan semata nak settle bab rumah phewwww

ehhh sebelum pindah masuk pagar dulu rumah tu dengan ayat qursi disetiap penjuru dinding. baik dekat ruang tamu, dapur mahupun bilik tido. insyaAllah takde pape :)

dear anies said...

selamat mengemas...sy fhm bagaimana terseksanya bila nak pindah rumah... ;-)

Amelia said...

kak Geeee.. hehehe. isteri orang dah :P selamat berpindah.

banyak juga barang. xtau la masa kita kwen nnti. aduhai

Zafirah Kama said...

Letihnya la hai kemas brang nak pindahhh

Zafirah Kama said...

maseh ingat SN lagi... :)

Gee Lion said...

tentulah ingat lagi SN. coverage blogger sy tak ramai jadi sy ingat kebanyakan blogger yg singgah ke blog sy ^_^