Sedikit terasa bukan penambah duka. Jiwa yg cekal adalah jawapan segalanya. Tidak kira seberapa banyak cercaan yang dilemparkan, asal kau tahu kau bukan sedemikian insan maka tiada apa yang perlu disesalkan. Hadirnya dia mungkin sebagai pengajaran untuk hidup yg satu tika dulu kau pandang ringan. Allah ingin kau kembali padaNya, begitu sayang Dia pada kau sehingga tak sanggup membiarkan kau kembali menghadapNya dalam keadaan hina & dina.
Sayang, andai kau tahulah betapa mendalamnya cinta Dia pasti untuk berkata "Ahhh.." pun kau tidak berani. Bukan hukuman ingin diberikan, cukuplah untuk kau sedar bahawa bukan dari dia cinta yg hakiki. Lupakah kau pada 1001 harapan yang diletak pada bahumu, bukanlah ia beban namun tanggungjawab yg lahir sebaik kau membuka mata melihat alam yang fana. Tidak dilahirkan manusia untuk bersuka-suka namun mengisi hidup dengan ibadah, itulah dia.
Selamat kembali ke jalan yang satu, jalan yg menjadi penyuluh dalam hidupmu..
14 comments:
mendalam jugak nak hadam ni. hehe
kalau dulu akak baca ni, tak paham
pening juga nak pahamkan
sekarang dah dapat tangkap
ye, selamat kembali =)
bukan semua orang nampak jalan yang satu itu.. bersyukurlah kepadaNya atas hidayah yang dikurniakan :)
Suka bermonolog tau Gee ni....sikit sikit udahlah weyh hehe....
Hai Gee Lion, terima kasih sudi singgah d blog sis Jm so im come here :-)
Ye kembali kpdnya adalah jln yg terbaik
idea dia simple je. sengaja saya belit2 kan.. mwahahaha..
terima kasih kak Yana,
inshaAllah semoga jalan kembali itu akan sentiasa ada di depan mata saya.. ^^
Alhamdulillah cik Zizie..
inshaAllah sikit demi sikit mendaki, akhirnya sampai ke puncak juga..
sikitlah tu, ada dua perenggan je. ahaksss
hai JM, tenkiu sudi dtg ke sini.
dah lama blog ni bersawang, ni baru nak cuci balik segala sawang2 yg ada..
mwahahaha.. salam perkenalan!
^^
Masih cuba memahami...
Good morning Gee :)
Good morning cik Fidah!
Tak faham pun takpe lah =)
jalan kembali itu sentiasa ada..terpulang kepada kita untuk mencari dan pulang kepadanya :)
@puteri kasih Namun kerap kali dibutakan oleh cinta & nafsu pd dunia.. :')
Post a Comment