Dia terasa dimalukan dan dituduh dengan pelbagai gelaran. Tiada insan nak tanya dia.. "Kenapa? Awak okay?"
Arghhh.. Dia sudah penat mendodoi hati sendiri. Kadang-kala dia teringin mendengar kata bujukan yang menenangkan dari orang lain. Tapi hampa.. orang selagi bernama manusia terlalu mudah menjatuhkan hukuman. Dia tak ubah laksana seorang penjenayah yang akan dihumban masuk neraka bila-bila masa. Dua persoalan itu sangat mengganggu fikirannya.
Kalau perkara itu bukan berpunca dari kita dan kita diseret ke dalam drama yang kita tak tahu hujung pangkalnya; apakah kita yang ego kerana enggan mengucap salam? Kalau perkara itu timbul semberono dan kita terseret sehingga menampakkan kita bersalah; adakah masa itu untuk kita berdiam diri kerana disalah erti atau cuba memahamkan orang yang meletakkan 100% kesalahan di bahu kita tanpa bertanyakan kenapa?
Dia teringat suatu pepatah :
Never explain yourself. Your friends don't need it and your enemies won't believe it.
Dia menarik selimut bujangnya. Cuba memejamkan mata dengan persoalan itu terus berlegar dalam logika...
16 comments:
Salam...
Kalau saya..saya tak perlu membela diri,cukuplah Allah yg menjadi saksi.....
err.. dah sifat manusia kot suka & cepat sangat menghukum.. :)
@Wirda Amir serba salah dibuatnya kak Wir..
@Chic Na jadi macam mana dgn dilema saya sekarang? huhu..
Serba salah...?ermmm...tak mengapa kalau kita berada di pihak yg benar.....
sabar ya.....Apa yg penting jadi diri sendiri...:DD
Detektif Conan ke Gee?...hehe....wah penuh misteri
ini laa realiti kehidupan sebenarnya...bukan semua yang memahami...dan bukan semua juga ikhlas...yang baik itu ada cuma sukar dicari :)
sabar je lah, allah tahu :D
@hainom OKje Usahkan detektif Conan, detektif Maori pon tak dpt nak settle kes ni. hehe.. (:
manusia..suka menjadi hakim tak bertauliah..menghukum org tanpa usul periksa..sabar, Allah ada..:)
sy wat x tau je
keadilan tu kena cari...tak cukup kalau kita berdiam diri...sbb situ terletak harga diri kita :)
@Sally Samsaiman saya pon tak tahu keadilan jenis apa yang ada utk drama yg tak tahu hujung pangkal.. hurmm ):
Pening bila tetiba kite sedar2 je dah pun berada dalam keadaan yang kita pun tak tau kenapa dan mengapa..
@Nurul Hidayah tak tahu nk buat apa. mcm terperangkap kan?
Post a Comment