Mr.Teksi 1

• Gee Lion • 13:32:00 • 30 Sembang
Panggilan haji... Telah tiba lagi..

Khamis, HBA 4*42

Hari Ahad ni hari raya ka? Itu raya besar ka?

Yup, raya haji. Biasa je, tak lah sebesar sambutan hari raya puasa.

Apa itu?

Hari raya aidiladha ni untuk menyambut musim haji dah tiba. Umat Islam ke Mekah untuk buat ibadah.

Ada apa kat sana?

Itu kaabah ada. Kiblat orang Islam. Memang satu dunia, kalau sembahyang memang ngadap situ. Pastu adalah beberapa benda yang dorang buat kat sana. Macam lawat makam nabi, melontar batu ke..

Itu Nabi memang ada kat Arab ke? You oll memang kena pergi sana ke? Wajib ke?

Nabi ramai, tapi yang wajib tahu beberapa kerat je. Yang ni 'special'. Taklah semua pergi, mana yang mampu saja. Kalau tak mampu, tak pergi pun takpe.

Ohh... hari tu, saya pon ada pergi itu makam. Kat Port Dickson. Pergi sana, memang banyak lucky. Hari tu saya ada court case, balik dari sana semua settle. Adik saya nak jawab exam, pergi sana exam bagus. Banyak A.

Makam sapa tu? Kat mana?

Aiyo, saya sudah lupa nama. Sultan Aziz Shah ka? Sekarang itu tempat kerajaan ambil buat muzium. Tapi kalau nak masuk boleh je. Memang ramai Indian pergi sana. Tiap-tiap tahun penuh je itu tempat.

Errmmm.. Oh macam itu ke? I see..


Raya haji ada buat itu korban kan? Apa you oll buat sama itu daging?

Daging tu untuk diagihkan kepada orang-orang miskin.

Saya pun pernah sedekah daging. Itu orang tempat saya selalu buat korban daging bila raya haji. Everytime buat macam hidup pun jadi senang, banyak dapat job.

Sebenarnya uncle, bila tiba musim haji, memang akan ada upacara korban. Simbolik kepada peristiwa ketika Nabi Ibrahim diperintahkan untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail. Tapi disebabkan keikhlasan yg ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim & Nabi Ismail, maka Allah gantikan dengan kambing kibas. Maka di situlah bermulanya upacara korban ini dan menandakan yang musim haji telah tiba.

Perbualan itu terhenti di situ. Aku hanya mampu menerangkan dalam bahasa ringkas yang termampu dihadam oleh seorang non-muslim seperti dia. Kelihatan pemandu teksi itu termenung, berfikir dalam dunianya sendiri..

Selamat hari Raya AidilAdha. Kita doakan mereka yang pergi menunaikan haji dapat melaksanakannya dengan jayanya.. =)

  1. Selamat menyambut raya aidil adha ... semoga berbahagia bersama keluarga ... done follow sini .

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut aidil adha :)

    ReplyDelete
  3. Jarang ada orang bukan Islam yg berminat (secara trivia) nak tahu pasal agama Islam...
    Well done explaining to him.

    Selamat hari raya AidilAdha :)

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut hari raya aidil adha maaf zagir dan batin dari saya sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. @Vee Sandi thanks ms vee, selamat hari raya korban.

    ReplyDelete
  6. @Nur Inani thanks cik inani, selamat hari raya korban. =)

    ReplyDelete
  7. @cEro yups, jarang sangat kan. but so far, yg selalu tanya bab2 ni memang driver indian.. thanks cero. selamat hari raya korban. =)

    ReplyDelete
  8. @ikhwan yusuff salam aidiladha utk en.Ikhwan & isteri.. eh.. en.Ikhwan & sekeluarga.. =)

    ReplyDelete
  9. @Muhammad Khairuddin Lim selamat hari raya korban kpd En.Khai juga. dari saya dan keluarga.. =)

    ReplyDelete
  10. Salam aidil adha ... Buat apa ja raya ni ? Hehe ^_^

    ReplyDelete
  11. Selamat hari raya aidil adha Gee...

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya aidiladhaa :D

    ReplyDelete
  13. assalammualaikum gee..miss u.hehe..lama tak bw sini..salam aidiladha gee..: D

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya Aidiladha awak :')

    ReplyDelete
  15. @nurul hidayah lepak2 je kat rumah.. maleh nak g jejalan. dok umah layan tetamu datang.. heheeee =)

    ReplyDelete
  16. @Fidah Shah selamat hari raya aidiladha to cik fidah too.. ^^

    ReplyDelete
  17. @Afiqahselamat hari raya cik afiqah.. =)

    ReplyDelete
  18. @adrianna syaz waalaikumussalam cik adrianna, memang lama. saya pon lama tak bw rumah cik adrianna.. hehehe..

    salam aidiladha to cik adrianna too.. ^^

    ReplyDelete
  19. @Iezwa Razk Selamat hari raya Aidiladha kepada awak juga.. ^^

    ReplyDelete
  20. @Sally Samsaiman Amboi diaa.. bersayang2 pulak di hari raya ni. Takde takde.. tak dapeknyer duet raya.. Huahuahua..

    ReplyDelete
  21. good explanation
    harap paham ler uncle tu =)
    salam aidiladha gee

    ReplyDelete
  22. @yana yani inshaAllah dia faham ~.~'
    salam aidiladha buat kak yana juga.. =)

    ReplyDelete
  23. naniey pun akan tergagap nak terangkan kalau non muslim tanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      begitulah perasaannya..
      but so far bila jumpa non muslim, masih boleh jawab lagi..
      pernah ada sorang kawan non muslim tanya tentang kisah adam & hawa..
      lagilah haru nak menjawabnya... mwahaha... ^_^

      Delete
  24. Gee.... kalau awak naik teksi uncle tu jauh sikit.....harus masuk Islam uncle tu hehe
    Gee tak rasa kecik sangat ke tulisan blog ni?...

    ReplyDelete
  25. Sama jugak kekdah komen dia kan....just terus taip utk komen....kalau nak kena tulis tulis nama bagai tu leceh jugaklahi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah, indahnya jika begitu. Dapat pahala sikit buat bekalan kat sana.. Huhu..
      Tapi tidak.. lepas je perbualan tu masing-masing diam. Tak lama selepas itu, saya pun tiba ke destinasi..

      Kecik ke akak? Saya dah besarkan kepada 13px. Kecik lagi ke? Alamak..

      Tak buat keputusan lagi tentang sistem komen ini.. masih 50-50.. Hurmm..
      Thanks ye sudi bagi pendapat.. ^_^

      Delete
  26. my ex bos cina , pernah perlekehkan haji . katanya ramai org mati kat sana . sis jwb ,org yg pergi sana klu blh mmg nak mati kat sana ...

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...