Gelodak

• Gee Lion • 21:00:00 • 21 Sembang
Sakit yang datang menekan-nekan, hati dia jadi makin tak seimbang. Di sebelah kanan; sentiasa cuba melegakan perasaan, meniup-niup semangat harapan dan berprasangka baik atas segala kejadian.

Di sebelah kiri; api kebencian sentiasa cuba membakar, semangat hidupnya bagai ditarik dicarik, harapan tampak kian pudar dan fikirannya mula terganggu; cuba menyalahkan segalanya, termasuk takdir atas segala yang berlaku.

Dia cuba berlagak normal, mengharapkan semua ini suatu mimpi. Tapi dia sendiri tahu, ia bukan mimpi apatah lagi fantasi. Ia realiti yang harus dihadapi sepanjang dia berada di sini.

Secara tiba-tiba, fikiran itu datang bertandang dan mengetuk-ngetuk pintu hati. Mungkin Allah telah menjawab segala doa yang dipanjatkan olehnya selama ini.


Waktu takkan pernah berhenti meskipun kau terbaring di sini. Ia akan terus berlalu, ia tak akan menunggu sesiapa pun. Baik yang miskin atau yang kaya, yang sihat ataupun sakit, yang tua mahupun yang muda. Segala yang ada di sekitarmu bergerak walaupun kau memberhentikan semua rutinmu dan langkahmu kerana hakikatnya; hari esok akan sentiasa ada..

Ada orang yang menanggung beban lebih daripada apa yang kau tanggungi, bersyukurlah kau masih punya kaki dan tangan untuk melakukan pekerjaan.

Ada orang yang mengharap agar masa kembali kepadanya seperti dulu, bersyukurlah kau masih punya waktu untuk mengatur langkah hidupmu.

Ada orang yang menyesali terhadap semua perilakunya, memohon-mohon kemaafan dari semuanya. Bersyukurlah kau masih muda. Masih punya kesempatan untuk melakukan hal yang baik-baik sebelum kau menjadi tua dengan dosa.

Memang ini sukar, terlalu sukar. Namun percayalah, akan ada hari yang dikhususkan buatmu. Waktu ini akan tertebus, segalanya akan dilunaskan.. Akan ada imbuhan di sebalik setiap kepahitan.

Lupakah engkau pada sebuah kisah indah mengenai pengorbanan yang mendatangkan ganjaran? Lupakah engkau akan sebuah cerita yang menimpa pada seorang wanita biasa yang akhirnya berkat kesabaran itu menjadikan dia seorang manusia yang luar biasa?

Jangan bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita!

  1. Kuncinya adalah sabar pada setiap dugaan mendatang..ikhlas pada setiap tingkah dan redha.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cari kunci yg hilang tu memang payah kan cik PC..

      Delete
  2. Dia memang sentiasa ada. Cuma manusia yg selalu terleka dan terlupa. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakan daya, memang itulah sifat manusia.
      Ingin selalu dipujuk & ditenangkan..

      Delete
  3. sesungguhnya masa akan terus berdetik, takkan menunggu, takkan menanti. Terpulang pada kita untuk meniti setiap detik waktu yang masih berbaki sama ada dengan kegembiraan dan kesyukuran atau dengan penderitaan dan kekecewaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin peristiwa yg berlaku pd dia membuatkan dia merasa derita & kecewa..
      Dia silap memandang apa yg berlaku, dia manusia yg penuh dgn kesilapan.

      Delete
  4. Hidup kena banyak bersabar dan fikir ttg hikmah di sebali kejadian. Insya Allah, segalanya okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, segalanya akan berakhir gembira ^^

      Delete
  5. Replies
    1. Sesungguhnya manusia berada dlm kerugian.. ):

      Delete
  6. hak ni buat rasa nak nangis pula
    betul, awan mendung tu pasti akan berlalu, yakinlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan nangis2.. buruk rupa nanti.. (':
      inshaAllah, itu yg selalu dia bisik dlm hati..

      Delete
  7. betoi akan tiba masanya nanti hari di mana senyuman kat bibir mekar tersenyum indah. sebab Allah tu menguji bukan kerana benci :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia menguji kerana sayang tapi sayang, ramai hambaNya yg terlupa.
      Takpelah cik kiera, kita doa spy ujian itu berkurangan sikit dan dia dikuatkan semangat.. ^^

      Delete
  8. Sabar, percaya dan jangan putus asa.
    Itu resepinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aish...
      Itulah yang dia cuba buat cero.

      Pendek kata, dia failed.

      Delete
  9. jadi kita penuhi lah waktu yg ada itu sebaik baiknya kan Gee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu JM..
      jangan sampai nanti bila tersedar, segalanya sudah terlewat..

      Delete
  10. redha ... segalanya merupakan ujian . ujian utk mengenali sejauh mana keimanan kita pada-Nya ...

    ReplyDelete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...