Pesanan

• Gee Lion • 20:56:00 • 55 Sembang

Saya faham ada antara blog yang ingin menjadi carian utama especially bila melibatkan isu-isu semasa dengan menggunakan SEO dan search engine [walaupun saya tak berapa expert bagaimana ia berfungsi]. Tapi apa yang menyedihkan ialah kadang-kala cara yang digunakan adalah salah. Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara.

Saya bagi satu contohlah yang agak ketara kebelakangan ini :-

Kes gambar dan video yang melibatkan orang terkenal.

Kita kata itu fitnah. Kita kata itu tidak betul. Tapi kenapa mesti nak disebarkan gambar itu dalam blog kita? Kenapa mesti letakkan video itu dalam blog kita? Kenapa mesti beri pautan (link) dalam blog kita? Setiap yang kita tulis dan sebarkan itu, Allah nampak. Allah catit semuanya.


Saya suka membaca entri yang ditulis oleh Budak. Penuh bermakna apatah lagi pada saat-saat genting sebegini. Menganiayai orang itu dah satu hal, menganiayai ulamak? Astagfirullahaladzim.. Semoga Allah memberi perlindungan kepada kamu. Jangan lupa, fitnah yang berleluasa juga disebut-sebut antara salah satu petanda datangnya hari kiamat.

Sama-samalah kita menutup aib orang lain supaya satu hari nanti aib kita pula tak dibuka. Janganlah kita menjadi antara penyumbang tersebarnya fitnah tak kiralah perkara tersebut betul atau tidak. Sedihnya perkara ini boleh berlaku dalam kalangan majoriti rakyat Malaysia adalah Islam, sepatutnya arif tentang hukum-hukum sebegini.

Entri ni straight forward sebab dah tak mampu nak cakap apa.. Speechless dengan sikap sesetengah blogger. Kalau nak tegur satu-satu entri memang tak tertegurlah sebab banyak. Siapa yang dapat membaca ini, jadikanlah sebagai peringatan. Sekurang-kurangnya kita saling ingat-mengingatkan.


nota kaki : credit gambar to Hikayat Seorang Budak, Aini Zakaria dan facebook Darul Murtadza.

  1. Assalam Cik Gee.
    Saya sokong apa yang Cik Gee tulis ni,
    Manusia sekarang mudah sangat menjatuh hukum ikut sedap tekak sendiri.
    Perkara yang mereka tak pasti pun mereka tulis macam mereka tau.
    Harap2 kita bukan dalam kalangan mereka.
    :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam cik ayang.
      Terima kasih kerana memahami.. (:
      InshaAllah mana yg terkesan di hati akan mengubah cara mereka..
      Mana yg tidak, kita doalah bersama2 agar hati mereka terbuka utk sama2 menjaga hati orang lain..

      InshaAllah kita perlu sentiasa membaiki diri agar tidak termasuk dlm golongan yg lalai & leka..

      Delete
  2. berhijrah menjadi lbh baik salam maal hijrah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah PI.. salam maal hijrah =)

      Delete
  3. betul2, kita sekarang ni bukn sja brhti2 ketika brckap..dlm media sosial pun kna jga sensivity.. salam maal hijrah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups, bercakap mungkin sekali lalu. tapi menulis dlm media sosial, tercatit. selagi tak dipadam walau kita dah meninggal.. dosa2 terus berjalan..

      Delete
  4. hmm zaman sekarang ni mcm-mcm hal ada. some of people suka nak hentam orang lain. entah apa yang dorang dapat hasil dar fitnah orang ni pun sy tak tau. cuba dorang diam and nasihat yg baik je. tak payah nak memburukkan keadaan. hmm. pening2. nak tinggal dalam hutan la macam nii. huhuhuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan.. buat apa nak tinggal dlm hutan?
      nak jadi GF tarzan ke? hehehe..
      inshaAllah sama2 lah kita saling mengingatkan spy institusi kemasyarakatan lebih terjaga moralnya.. inshaAllah.. jangan menyerah kalah lagi.. =)

      Delete
  5. Nice sharing .. Speechless .. Harap2 kita bukanlah jenis yg cepat percaya pada sesuatu yg disebarkan .. Betul , fitnah yang berleluasa antara tanda2 kiamat . Para ulamak makin berkurang . Bila dah tak tahu whether benda tu betul or not tapi masih ada yg sebarkan . Tak mustahil benda2 yg tak tahu kesahihan ni cepat tersebar dengan adanya teknologi . Laman2 sosial .. Bila tersebar , maka tèbuka luas lah aib seseorg itu .. Allah sayang hamba2Nya . Dia tak buka aib kita tapi manusia sendiri yg buka ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin manusia menjadi terlalu liberal sehingga sanggup mengenepikan hukum hakam. pada mereka tak salah nak sharing.. sharing is caring kata mereka.. caring lah sangat [tangan kat bahu mata juling]

      bila ulama yg selalu menjadi rujukan agama juga diperlakukan sebegini, apa lagilah kita orang biasa? mungkin apa yang boleh kita buat adalah dengan menapis sebarang maklumat yg kita lihat di laman2 sosial. sesekali berfikir/bertafakur sejenak mengenai cerita itu [benar atau tidak] adalah lebih baik daripada terus hint button share. sama2lah berdoa moga permasalahan ini menemui jalan keluarnya cik dayah.. inshaAllah.. (:

      Delete
  6. Tq saling mengingati pkara yg dituntut. Moga amalan yg baik bertambah sempena tahun baru maal hijrah

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah sudais..
      sampai sekarang saya confius nak panggil sud @ is ?
      heee.. salam maal hijrah.. =)

      Delete
  7. terima kasih atas pesanan. saya pun kadang-kadang takut kalau ter-post sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah. seeloknya kita selidik dulu sumber yang sahih.

    moga Allah jaga dan elak kita dari melakukan perkara2 yang boleh mengundang murka-Nya.

    kalau saya ada salah mohon tegur ye kak Gee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye cik budak,
      especially lagi bila menyiarkan current issues..
      blog yang berinformasi memang berguna untuk pengguna seperti kita.
      tapi bukan bermakna ia tak perlu ditapis dan diluluskan siaran sesuka hati.

      biarlah kita menjadi agen penyebaran berita yang baik, tak gitu cik budak?
      inshaAllah sama2 lah kita saling memperingatkan.. ^_^

      Delete
  8. terima kasih kerana mengingatkan.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 cik aisya.. bak kata DFMK, insan yang cemerlang datangnya daripada akal dan hatinya tenang.. *tetibe
      salam maal hijrah =)

      Delete
  9. Salam maal hijrah Gee.. Ingatan utk diri akak jua.. saling mendoakan ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maal hijrah kak Mar,
      inshaAllah.. ingatan utk diri saya jugak ^_^

      Delete
  10. Setuju dgn Gee..
    kita sepatutnya bersama -sama berusaha utk menutup aib org...bukan bersetongkol dgn mereka yg tidak bertanggung jwb

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik Fidah,
      inshaAllah sama2 lah kita berdoa moga dibukakan hati insan2 yg seperti ini untuk turut sama menjaga hati orang lain.. :')

      Delete
  11. Hai Gee.. yup betol3.. Ana pon tak suka blog yang jenis kejar SEO hape segala tu.tapi tu lah, lain manusia, lain cara. Nak kata tak tahu, rasanya zmn IT mcm skrg ni lg byk pndedahan ttg perkara yg boleh & tak boleh dibuat. Tapi hurmmm entahla..
    Smoga kita2 ni tak buat lah benda2 gitu semua..

    Psttt~ Ana tag Gee join GA hehe
    http://ana-mizu.blogspot.com/2014/10/ola-paris-souvenirs-giveaway-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhir zaman mcm ni cik ana, ramai yang tak tahu pura2 berlagak tahu. Dan yang tahu pula pura2 tak tahu.. Susah susah.. inshaAllah cik ana, selagi masih ada kesedaran moga kita tak terjerumus berbuat perkara macam tu.. sebab kadang2 kita juga boleh jadi lalai & leka seperti mereka.

      Hidup ni macam roda kan, ia bulat.. :')

      Psstt ~.~'
      Thanks tag saya..
      InshaAllah kita join.
      Kalau kita tak join, kita doakan cik Ana yang dapat souvenirs tu.
      Hehehe.. =)

      Delete
  12. Setuju sangat.
    Hal kontroversi tu, kalau salah namanya fitnah, tp kalau betul namanya buka aib orang.
    Dua2 dapat dosa.
    Bab blogger kejar SEO tu satu hal. Ini yg aku namakan 'agen fitnah'...
    kekonon nak kata semuanya fitnah, tapi siap ada link segala bagai, seolah2 lagi nak sebarkan fitnah tu...
    Orang lain start menfitnah, kita plak jadi 'agen' yg menyebarkannya...
    Dunia dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu namanya Dunia, Cero.
      Medan ujian buat kita semua.
      Dalam ujian tersebut ada jatuh dan bangun.. ada yang jatuh tak bangun2.. ada yg jatuh ego bila nak diberi pertolongan utk bangun..
      Ye, inilah dunia..

      Delete
  13. Salam Perkenalan.
    Done follow you #75.
    drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks cik shikin..
      InshaAllah saya akan menyusul ke blog cik syikin sekejap lagi.. =)

      Delete
  14. Salam, saya pun setuju dengan cik gee. Sebab ada lagi ramai yang tak tahu bila disebarkan konon nak menidakkan berita tu pun dah boleh jadi viral jg. Ada jg kazen saya fwd di group whatsapp family dengan title ulamak di fitnah dgn gambarnya. Terus pakcik saya templak jgn disebarkan kalau dapat deletekan saja sebab kau dah tahu benda itu tidak benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam cik Hana,
      Alhamdulillah ada orang seperti pakcik cik Hana utk nasihatkan kazen tersebut. Sebab kadang2 hal ini berlarutan bila takde yg saling mengingatkan. Even benar sekalipun, seperti kata @cero di atas, itu dah dikira buka aib orang. Tetap berdosa hukumnya.

      Delete
  15. nice sharing. terima kasih untuk pesanan. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you cik Izzati. Salam maal hijrah =)

      Delete
  16. elakkan kita menjadi antara penyebar fitnah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshallah CM.. salam maal hijrah =)

      Delete
  17. Betul-betul. Setuju :) Kalau dah tahu fitnah, tapi masih nak bercakap tentang itu. Kalau pun betul benda tu, doa kan cukup memadai kalau kite tak kenal dia.. Semoga kiterhindar dari buat post post yang mengaibkan orang. Amin. In shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn.. inshaAllah cik Nur, moga dijauhkan dari kita godaan utk post benda yang bukan2 dlm blog, facebook or whatsapp sekali pun.. inshaAllah.. betul tu, doa saja dah memadai.. (:

      Delete
  18. Lya memg x berani dan x trlintas nak tulis sesuatu yg mengaibkn org lain d blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah cik Lya,
      inshaAllah moga istiqamah terus kita bersama.. (:

      Delete
  19. adalah lbh baik, kita bc n simpan sendiri dlm kepala otak. x perlu forward. tak perlu ulas. tak perlu gebang sn sini. kita ni dah sedia berdosa. usah ditambah lagi dosa2 baharu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, begitulah yg sewajarnya cik anies.. (':

      Delete
  20. betul sangatlah kan gee
    kalau kita tak tahu, lebih baik kita senyapkan aje
    usah menjadi penyebar
    bukan orang sebarangan yang kita katakan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, setuju dgn kak yana.
      inshaAllah moga lebih ramai org yg terbuka hati dlm menjaga bab2 aib orang ni.. huhu..

      Delete
  21. tu lah kdg2 sebagai blogger ni takut sngat kalau tulisan2 kita mengaibkan org lain tanpa kita sedar... kalau smpi menjadi fitnah.. Ya Allah, moga kita x sampai ke tahap itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah KA, jika terasa mcm nak ke arah jalan itu; istighfar banyak2 semoga diberi petunjuk oleh Allah sama ada bagus atau tak, perlu atau tak penulisan sebegitu dikeluarkan. Moga2 kita tak jadi salah seorang dari agen2 penyebar fitnah & aib orang.. Huhu..

      Delete
  22. Silapnya bila blogger terlalu mengejar dunia...sampai lupa akan daratan...asyik tak berpijak pada bumi...hmmm...kesian pulak pada yang tak bersalah...kadang-kadang malas dibaca...sekadar pandang tajuk jela mampu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye, mereka lebih senang memilih utk berada di awang-awangan.
      apa ada pada sumbangan trafic belog yg meriban namun hanya menyumbang kpd penurunan pahala sahaja..
      sedih... :'(

      Delete
  23. Zaman fitnah berleluasa..bkn di blog saja,di group wasap dan lain2 media...sungguh menakutkan...moga kita diberi Allah supaya dpt membezakan antara yg benar dan yg batil....

    ReplyDelete
  24. Jujur cakap, sha memang tak suka UAI, lagikan mahu menganggap dia ulama'.. memang tidak :) hanya anggap dia seorang penceramah bebas @ seorang ustaz... mungkin sebab cara dia buat sha malu nak anggap dia sebagai ulama'..

    sungguhpun begitu, takde hati nak sebarkan aib dia, yelah, kita ada aib sendiri, semua manusia adalah pendosa kan...

    muhasabah diri sendiri kan, takut nanti turn kita pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. part mula2 tu saya setuju sangat. maybe sebab dlm ceramah dia ada bahasa yg kurang enak utk didengar. namun apa yg disampaikan oleh dia, kadangkala berbekas di hati ini. iye, kadang2 hanya orang seperti dia yg tinggi ilmunya dapat menjawab beberapa masalah/persoalan yg selalu bermain di fikiran ini. nak cakap lembut tak jalan, hambik kau, kan dah kena [itu lah kot prinsip dia.. hehehe]

      bagaimanapun, pesanan ini bukanlah hanya tertakluk pd dia seorang. ramai lagi public figure atau orang biasa seperti kita terkena dgn sikap agen penyebar berita yg kurang usul periksa ini. bahkan ada juga ahli politik terkena tempiasnya.

      inshaAllah, puan sha.. moga2 kita dijauhkan dari terkena atau menjadi salah seorang agen ini..

      Delete
  25. sebab tu saya lebih suka tulis entry kisah suka duka hidup sendiri. apa yang mengaibkan kita tutup sendiri. jaga buku amalan sendiri ye dak hukkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik Kira,
      inshaAllah bersama2 lah kita istiqamah..
      tapi kadang tu terlajak juga saya..
      mwahaha ^_^

      Delete
  26. Gitulah harga yg harus dibayar oleh mereka yg bergelar org terkenal....dibenci dan difitnah....Entah betul ke tidak hanya Allah yg mengetahui. Moga kita tidak tergolong dlm org yg memanjangkan fitnah. Setiap manusia punya kekurangan....tq gee kerana berpesan pesan pada kebenaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak, inshaAllah akan kekal istiqamah selagi iman secebis di dada tidak tergoda.. huhu.. harga tu terlalu mahal kak, kita doakan moga mereka mampu membayarnya. baik oleh mereka yg terkena atau oleh mereka yg mengenakan..

      Delete
  27. Thanks mengingatkan.
    Nauzubillahiminzaalik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita dijauhkan dari perkara sebegini kan kak syikin.. :(

      Delete

Gee Lion : Terima kasih sudi berkunjung ke mari. InshaAllah akan membalas kunjungan anda sebentar lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...