Gelodak

Sakit yang datang menekan-nekan, hati dia jadi makin tak seimbang. Di sebelah kanan; sentiasa cuba melegakan perasaan, meniup-niup semangat harapan dan berprasangka baik atas segala kejadian.

Di sebelah kiri; api kebencian sentiasa cuba membakar, semangat hidupnya bagai ditarik dicarik, harapan tampak kian pudar dan fikirannya mula terganggu; cuba menyalahkan segalanya, termasuk takdir atas segala yang berlaku.

Dia cuba berlagak normal, mengharapkan semua ini suatu mimpi. Tapi dia sendiri tahu, ia bukan mimpi apatah lagi fantasi. Ia realiti yang harus dihadapi sepanjang dia berada di sini.

Secara tiba-tiba, fikiran itu datang bertandang dan mengetuk-ngetuk pintu hati. Mungkin Allah telah menjawab segala doa yang dipanjatkan olehnya selama ini.


Waktu takkan pernah berhenti meskipun kau terbaring di sini. Ia akan terus berlalu, ia tak akan menunggu sesiapa pun. Baik yang miskin atau yang kaya, yang sihat ataupun sakit, yang tua mahupun yang muda. Segala yang ada di sekitarmu bergerak walaupun kau memberhentikan semua rutinmu dan langkahmu kerana hakikatnya; hari esok akan sentiasa ada..

Ada orang yang menanggung beban lebih daripada apa yang kau tanggungi, bersyukurlah kau masih punya kaki dan tangan untuk melakukan pekerjaan.

Ada orang yang mengharap agar masa kembali kepadanya seperti dulu, bersyukurlah kau masih punya waktu untuk mengatur langkah hidupmu.

Ada orang yang menyesali terhadap semua perilakunya, memohon-mohon kemaafan dari semuanya. Bersyukurlah kau masih muda. Masih punya kesempatan untuk melakukan hal yang baik-baik sebelum kau menjadi tua dengan dosa.

Memang ini sukar, terlalu sukar. Namun percayalah, akan ada hari yang dikhususkan buatmu. Waktu ini akan tertebus, segalanya akan dilunaskan.. Akan ada imbuhan di sebalik setiap kepahitan.

Lupakah engkau pada sebuah kisah indah mengenai pengorbanan yang mendatangkan ganjaran? Lupakah engkau akan sebuah cerita yang menimpa pada seorang wanita biasa yang akhirnya berkat kesabaran itu menjadikan dia seorang manusia yang luar biasa?

Jangan bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita!

21 comments:

PeRdU cINta said...

Kuncinya adalah sabar pada setiap dugaan mendatang..ikhlas pada setiap tingkah dan redha.,

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Allah maha esa

Unknown said...

Dia memang sentiasa ada. Cuma manusia yg selalu terleka dan terlupa. huhu.

puteri kasih said...

sesungguhnya masa akan terus berdetik, takkan menunggu, takkan menanti. Terpulang pada kita untuk meniti setiap detik waktu yang masih berbaki sama ada dengan kegembiraan dan kesyukuran atau dengan penderitaan dan kekecewaan

Scha Nazri said...

Hidup kena banyak bersabar dan fikir ttg hikmah di sebali kejadian. Insya Allah, segalanya okay :)

Sally Samsaiman said...

demi masa!

Yana Yani said...

hak ni buat rasa nak nangis pula
betul, awan mendung tu pasti akan berlalu, yakinlah

Kira Sakura said...

betoi akan tiba masanya nanti hari di mana senyuman kat bibir mekar tersenyum indah. sebab Allah tu menguji bukan kerana benci :)

Gee Lion said...

nak cari kunci yg hilang tu memang payah kan cik PC..

Gee Lion said...

(':

Gee Lion said...

Apakan daya, memang itulah sifat manusia.
Ingin selalu dipujuk & ditenangkan..

Gee Lion said...

Mungkin peristiwa yg berlaku pd dia membuatkan dia merasa derita & kecewa..
Dia silap memandang apa yg berlaku, dia manusia yg penuh dgn kesilapan.

Gee Lion said...

InshaAllah, segalanya akan berakhir gembira ^^

Gee Lion said...

Sesungguhnya manusia berada dlm kerugian.. ):

Gee Lion said...

jangan nangis2.. buruk rupa nanti.. (':
inshaAllah, itu yg selalu dia bisik dlm hati..

Gee Lion said...

Dia menguji kerana sayang tapi sayang, ramai hambaNya yg terlupa.
Takpelah cik kiera, kita doa spy ujian itu berkurangan sikit dan dia dikuatkan semangat.. ^^

cEro said...

Sabar, percaya dan jangan putus asa.
Itu resepinya.

Gee Lion said...

Aish...
Itulah yang dia cuba buat cero.

Pendek kata, dia failed.

Jari Manis said...

jadi kita penuhi lah waktu yg ada itu sebaik baiknya kan Gee

Gee Lion said...

ye betul tu JM..
jangan sampai nanti bila tersedar, segalanya sudah terlewat..

Unknown said...

redha ... segalanya merupakan ujian . ujian utk mengenali sejauh mana keimanan kita pada-Nya ...