Benar, hargailah setiap waktu bernafas. Jangan melepaskan selagi tidak dilepaskan. Jangan mengalah selagi tidak dikalahkan. Inilah realiti hidup. Jangan berlagak lemah sebelum waktunya. Jika itu yang ditunjukkan, kalah sebelum bertarung adalah tulisan yang bakal menghantui setiap helaian diari yang ditulis dan akan dibaca kemudian hari.
Kebahagiaan?
Kebahagian itu bagaikan tertutup sendiri dengan kepura-puraan yang berterusan. Pernahkan jujur walau sesaat? Kesakitan yang menghimpit hati dan perasaan hanya meluahkan titisan air mata bukanlah senyuman meski cuba diukirkan. Terasa hipokrit. Bersedih atas sesuatu yang perlu dirai dan tersenyum atas perkara yang perlu ditangisi. Atau benar, itulah yang seharusnya? Itulah lumrah? Itukah yang cuba dituturkan dan cuba difahami manusia di dunia ini?
Perasaan.. itulah satu lagi metafora yang pelik sekali dalam hidup ini. Hari ini kita bergembira, esok lusa tiba-tiba mendung itu tiba merampas kegembiraan. Hari ini, kita membenci, esok lusa perasaan rindu datang menerpa. Saat itu, baru kita sedari.. sesuatu terasa dalam hati. Hari ini, mungkin kita bertekad mahu meninggalkan, esok lusa perasaan datang menagih simpati. Ingatankan pasti terus bersemadi, tiba perasaan bersalah itu wujud mengambil tempat di hati yang sesal. Sudut istimewa tercipta, dan perasaan terus terbuai... nikmati rasa yang telah terbelah. Canda, tangis, ketawa dan duka...
35 comments:
your words sangat nice sis. teringin nak taip macam ni tapi hm hm takde bakat lahh xD
kdg2 kegembiraan & kebahagian tu akan dtg sendiri tanpa kita cari, yg pntg kita reda & tawakkal aje
realiti itu tak semudah kita faham... :')
buka buku baru
buku semalam tu jadikan pedoman perjalanan nuku baru
kegembiraan dan kesengsaraan adalah adat kehidupan
semuanya akan ok kalau kita percaya pada yang SATU
perasaan tu bagai cuaca alam dunia ada masa cerah, mendung, ujan,panas ribut...
sometimes, perlu berpura2 untuk bahagia agar perasaan terikut sama untuk bahagia.
rasa benci tu kita kata semakin tegar dan engkar tap lama kelamaan jiwa makin terasa sakit bila berjauhan. perasaan sampah apakah itu? :(
Kebanyakan dari kita sama...
berpura2 utk bahagia...manis di luar perit di dalam
Ya, itu memang lumrah hidup. Hari ini kita gembira, esok kita sedih dan lusa kita geram. Itulah pahit manis kehidupan, namun percayalah, suatu masa ada sinar yang menerangi. Bukankah hidup ini umpama roda? Selepas semua hujan lebat, akhirnya pelangi muncul jua. ;)
@Iris Jasmine waktu kesurupan idea, lahirlah entri mcm ni.. waktu kekeringan idea.. hehehe.. paham2 ajer laaa... =)
@Kesuma Angsana kdg dia sebagai manusia, lupa pd hakikat ini.. :')
@Sally Samsaiman kalau mudah difahami, tiada insan yg menderita dlm dunia ni.. :')
@yana yani kalau kuat iman di dada, pasti dia telah ada satu buku baru di genggamannya. malangnya dia jahil, masih bertatih utk mengenal yg Satu..
@paridah itu yg selalu mencuit2 dia.. :')
@Zizie Zack kan? ibarat ion utk mengecas kebahagiaan. memang dia selalu buat, sampai satu tahap hati dia dah jadi kembung sebab kena cas 24 jam.
@asha hana itu bukan sampah. itu ego. tapi, bukan semua ego itu teruk. ini adalah ego yg baik. ego bertempat. takkan kita nak mengejar insan yg tak sudi, kan? lama-kelamaan bila mengharungi susah payah hidup ini sendiri, kita akan boleh terima. tapi utk saat tu tiba, kita kena bertahan dgn rasa ego ini.
ego inilah yg akan mengajar kita utk let go.
kita layak utk bahagia sendiri, kan cik hana.. :')
@msredcheesecake ehem ehem .. testing testing.. 1,2,3 gooo..
Kita serupa... Kita serupa...
Hadir ku untuk mengubat luka
Kita serupa... Kita serupa...
Walau pun hati ku pernah di kecewa..
@Khai♥Rin : anies inshaAllah, ada ganjaran yg menanti di balik kepahitan ini..
@Barniyah Ammara selagi belum bahagia, bermakna belum tiba ke penghabisannya kan cik barniyah? tapi ada juga yg berakhir sedih, mungkin utk diambil iktibar oleh insan seperti dia.. agar menghargai apa yg telah ada di sekelilingnya.. :')
@Muhammad Khairuddin Lim thank you en.Khai =)
betol. Ana pon kdg tu kalo ada rasa pedih, mesti kuar ayat2 yg otomatik entah dtg dari mana entah :')
salam pagi...rasai kebhgian dgn bersyukur kpd-Nya
Ni kalau dlm bidang penulisan dah tahap tinggi namanya ni Gee hihi.... beranalogi, bermonolog....... takut seyh mak haha ..
Awak ni mmg ada bakat jadi penulislah Gee
hahaha.. itu just kata-kata budak hingusan je kak okje.. jangan takut-takut especially bila tiada sebarang 'penampakan' di sini.. huhuhu..
alhamdulillah kak okje, sementara masih dikurniakan ilham utk berkarya.. =)
perasaan terus terburai
hidup ini pasti ada pasang surutnya
pasti JM, yg penting cara kita melihat apa yg berlaku. bukan apa yg berlaku.
:)
selamat malam en.Khai :)
Iye kak paridah.. :)
maknanya nak kena pedih sedih baru dapat kuar ayat2 yg otomatik tu ea?
hehehehe.. :p
Hargailah setiap benda yg kita ada. Itu lebih baik.
yang pasti semua tu la pelangi hidup kita, yang menyempurkan hidup seorang bernama manusia :)
Kata yg cukup ringkas tapi bermakna dari cik Scha, inshaAllah dia akan cuba utk hadam.. (':
Pelangi yang ada banyak warnanya, ada yg suram ada yang terang.. (:
Post a Comment