Terbang melayang tanpa ada sesiapa yang mendongak ke langit untuk mencari kelibatnya.
Walau bagaimana sulit keadaan sekalipun, dia ingin merasai semua itu.
Terlalu lama minda dan fikirannya dibelenggu.
Terlalu lama dia hidup untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.
Terlalu ramai yang melihat dia seolah melarikan diri, sedang kenyataannya tersimpul rapi.
Terlalu lama berdiam diri, mendengar cereka buatan mereka, hingga dia terlupa paksi tempat dia berdiri.
Kiranya setiap kesenyapan itu ada nilainya, dia akan memilih untuk setia berdiri di sini. Namun, kesepian itu dibanding-bandingkan, sehingga dia kira, kebebasan adalah penawar kepada segala-galanya. Bagaimana harus ditebus sebuah kebebasan andai harganya bukanlah suatu permainan?
Dia menanti ceritera drama itu selesai sehingga ke penghabisan, namun apa yang dia dapati hanyalah sebuah harapan menyerupai debu ditiup angin nan bayu. Suci, menyegarkan namun dikotorkan oleh mulut-mulut manusia. Manusia yang terlupa pada rumput mereka berpijak, terlalu lama pula mendongak ke langit, lupa suatu hari nanti, ke perut bumi juga mereka kembali..
14 comments:
Walau apa pun jua selagi ada pinjaman usia untuk diteruskan, pahit manis kehidupan perlu diteruskan.. kena mengatur derap langkah sebaik-baiknya agar tak tergelincir hanya kerana sedikit langkah yg sumbang.. berhati-hatilah..
tak ada erti bebas sepenuhnya...
Manusia tiada yg sempurna.. kengkadang penin gak hal depa ni
bibir yg kaku tu sukar utk kita baca hakikat yg terselindung...tak gitu?
kalau akak pula bila berhadapan dengan mulut kotor ni
akak biarkan jasad aje dekat situ
fikiran entah ke mana melayang
akak rasa akak cukup hebat berlakon part tu =)
sokong kt2 yana yani!
@Kakzakie inshaAllah kak Zakie, dia kuat sementelah lagi membaca pesanan dari kak Zakie ini.. :')
@Tukang Karut tapi kita tetap layak bebas dlm definisi kita sendiri..
@suka suka jangan pening2 kak mar, tak jalan kerja kang.. hehe..
@Sally Samsaiman sebab dia dah jemu dgn hakikat. baik diam daripada meminta orang memahami hatinya.
@yana yani takpe kak yana, sebenarnya ia bagus utk mengelakkan pergaduhan. bayangkan kalau kita pun naik hangin berjumpa dgn mulut kotor ni, dua2 bertikam lidah (walaupun niat kita utk menjelaskan diri) tapi kalau dah namanya mulut kotor..
kan tak pasal2 bergaduh, biarlah begini. apa yg berlaku, biarlah antara dia dgn Tuhan.. :')
@Khai♥Rin : anies saya pun sokong! #teamyanayani #hehehe
Nak bebas sebebas2nya pun takleh. everything ada limit.
bebas dlm definisi kita sendiri tiada limit.
bebas pd definisi orang lain memang ada limit.
hanya terpulang pd diri orang itu, mahu terbang bebas atau..
hidup dlm kurungan pemikiran manusia di sekitarnya... :')
Post a Comment