Filem : Left Behind

Filem ini bermula dengan babak sebuah keluarga yang bahagia retak menanti belah di mana watak bapa (Steele) main kayu tiga, dirahsiakan daripada anak (Chloe) yang baru pulang dari belajar yang sangat excited nak jumpa Steele selepas sekian lama tak balik ke rumah. Puncanya, selain daripada menuntut ilmu, Chloe juga jarang balik kerana tidak dapat menerima kelakuan mak dia yang berada di luar kebiasaan perilaku manusia; pada ketika itu.

Iaitu pada ketika di mana hampir semua orang tidak lagi mempercayai Tuhan dan Steele beserta Chloe beranggapan bahawa mak dia terlalu taksub pada Bible sehingga mengganggu gugat kebahagiaan keluarga mereka.

Plot cliche; bapak cari 'makan' kat luar, mak dikatakan gila, anak memberontak.

Yang tak cliche; rupanya selama ni mak dia bukan gila. Mak dia cuma bagi warning yang the End of the Day hampir tiba dan minta keluarga dia bersedia untuk menghadapi hari tersebut.

Babak filem ini mula menarik semasa Chloe memeluk adiknya, tiba-tiba adik dia vanish. Dalam kepercayaan Kristian, rupanya antara petanda kiamat adalah semua orang baik akan diangkat ke syurga; yakni orang yang mempercayai ayat-ayat Tuhan & kanak-kanak bersih yang tidak berdosa.

Kesimpulan cerita, akhirnya mereka mempercayai apa yang dikatakan oleh mak mereka selama ini tapi dah terlambat sebab mak mereka telah pun selamat diuplift ke 'atas'. Filem ini memang emosi dan kadang-kadang berjaya buat aku rasa sedih, especially pada babak Chloe gaduh dengan mak dia dan masa Steele minta maaf pada Chloe kerana membuatkan keadaan keluarga mereka jadi kucar-kacir dari awalnya. Yang ni, aku simpulkan sendiri. Nak tahu lebih, tengok di panggung.

Serius masa tengok keadaan dalam kapal terbang tu, dan impak sewaktu pelanggaran pesawat aku rasa nervous gila. Terbayang-bayangnya je keadaan dan perasaan mangsa dalam pesawat MH370 & MH17.


Oh btw, kerja Steele ini adalah sebagai pilot yang mengemudi pesawat dari JFK ke London.

Nak tahu kenapa berlanggar? Meh nak spoil sikit.

Kan dah cakap tadi semua yang baik-baik 'vanish to the air just like that'. Pesawat yang lagi satu ni (aku namakan CP06) nak dijadikan cerita, kedua-dua pilot mereka pun lenyap justeru tiada siapa yang mengemudi CP06. Apabila hal tersebut disedari oleh Steele, dia bagi warning pada CP06 but it's too late..

Sayap kanan terkena impak pelanggaran akibatnya tangki minyak bocor [read:aku tak tahulah apa bocor] dan menyebabkan mereka kehilangan minyak dalam masa yang singkat.... Manakala CP06 tersebut meletup dan terbakar dan terhempas begitu saja.. Mayday mayday..

Aku bukan pengulas apatah lagi pengkritik filem, aku cuma nak kata filem ni worthy of a try lah. At least cerita ni tak cuba nak label Islam pengganas la, apa lah. Sebab ada babak dalam filem ni, salah seorang penumpang (aku namakan dia Ali) ditonjolkan beragama Islam [read:aku dah agak mesti ada punyalah orang Islam dalam cerita pesawat macam ni]

Ada sorang lelaki ni, cuba nak geledah beg Ali. Ali rampas beg dia balik lalu dia pun mengeluarkan sesuatu terus diacunya pada lelaki tersebut. It's turns out that benda tu rupanya berus gigi. Ali siap bagi syarahan lagi, "Kau ingat even kumpulan pengganas pun boleh cipta teknologi yang buat orang hilang macam tu je ke?"

Filem ini lebih memperkatakan tentang di mana kita letak kepercayaan kita. Filem ini adalah dakwah pada mereka yang beragama Kristian di luar sana, supaya sentiasa sedar bahawa dunia ini ada akhirnya dan kena bersedia pada hari kiamat yang bakal tiba.

You have to believe the God.

Which God, you decide it. But for every religioun, there is no eternal world. Every world be end.

Just be ready for it.

p/s : Lagi sekali diingatkan, aku bukan pengulas apatah lagi pengkritik filem. Aku penonton yang menonton dengan tiket wayang free yang diredeem oleh officemate aku.. Muahaha..

23 comments:

Unknown said...

Boleh pula org vanish kan? huhu..

Kakzakie Purvit said...

Bermakna mereka pun percaya dunia akhir zaman (kiamat)
Menarik juga bila kakak baca dari sinopsis yg diberikan. tapi kakak ni malas menapak ke panggung. Tunggu ajelah anak kakak beli VCD tonton di rumah:)

Unknown said...

nice review :)
boleh la try tonton nanti.

Kira Sakura said...

kan. annoying dan marah rasa kebanyakkan filem luar ni mesti nak label islam pengganas

Sally Samsaiman said...

bape bintang kasi...?

haihhh...nak poie tgk ni yg malas tapi macam best -_-

OKje said...

Cerita baru ke ni Gee....mcm best jer yek...
Hebat jugak pengkritik filem yg sorang ni yer walau amatur....hehe

Yana Yani said...

berdasarkan ulasan ni
rasanya tak nak pergi tengok kot...hehe

lama dah tak tengok wayang, paling latest transformer hak yang baru ni

cEro said...

Walaupun macam agak berat (sbb ada unsur keagamaan), tapi jalan citer dia macam best...
Nak tengok laa nanti :)

Gee Lion said...

boleh.. apa pulak tak boleh..
nama pun filem..
apa pun boleh..

Gee Lion said...

thanks (:

Gee Lion said...

Yes, mereka percaya.
Cuma apa yg mereka percaya sebagai tanda-tanda akhir zaman adalah berbeza drpd kita. Orang yang baik diangkat terlebih dahulu supaya orang jahil/tidak percaya Tuhan akan menghadapi 7 tahun terakhir yg penuh dgn kesengsaraan. Mungkin sebagai balasan, entah saya kurang pasti bahagian ini.

Actually kak Zakie, tak payah pergi tengok pun takpe. Filem macam ni tunggu ler lagi berapa bulan akan keluar kat AXN.

Tul tak?
:D

Gee Lion said...

tidak...!
ini bukan review cik budak.
ini bebelan sajork.
huhu :D

Gee Lion said...

hah tau takpe.
dan dalam filem MH370 baru-baru ini pun ada unsur-2 tersebut.
entah apa-apa tah..

Gee Lion said...

Keseluruhan babak.. hurmm..
Susah juga nak bagi bintang-bintang ni.. bagi bulan aje lah sebijik, boleh cik Sally?
Huhuhu.. t_t

Gee Lion said...

Tidak sekali lagi! Nahi nahi nahiiii...
Saya bukan pengkritik filem.. saya cuma bagitahu je filem ni macam mana bentuk, rupa, intipati, spesifikasi.. Itu je.

Eh, sama ea kak okje?
Hehehehe :D

Gee Lion said...

alahh..
tak payah susah pergi tengok kak yana,
tunggu ler lagi beberapa bulan,
terpacul la sat lagi keluar kat tv AXN...

transformer?
filem tu saya tak tengok..
sebab takde shia le bouf..
huhu.. t_t

Gee Lion said...

berat tu, actually bukanlah berat..
cuma kalau takde guidance tu, mahu jugalah kanak-kanak umur bawah 13 tahun tanya, '"cero cero, bible tu ape?"
jadi entahlah, berat ke ea?

ahh sudah kenapa aku ting tong ni.. ~.~'

Fatimah Nabila said...

owho..nicolas cage brlakon..cek suka!

Gee Lion said...

nampak jelas ketuaan dia dalam filem ni habaq hang..
tapi dia tetap nampak hensom and awsom!

Anonymous said...

filem2 barat ni mcm2 ni even kdg2 nampak mengarut sgt "Kata adik"

Gee Lion said...

mengarut dalam beberapa babak ye,
terlalu nak menampakkan mereka gah,
tanpa mempedulikan maruah bangsa dan agama lain.
itulah barat.

Jari Manis said...

leh la try tgk lepas ni

Gee Lion said...

silalah merajinkan diri..
hehehe..