Sesuatu

Bila sudah mengetahui mengenai suatu cerita hamba Allah ini, aku teringat akan permulaan kepada suatu insiden ini dahulu. Insiden yang mengubah langsung pandangan aku mengenai apa yang kita lakukan dan ingini dalam kehidupan ini.

Lelaki dan perempuan itu, adalah kompleks. Semua orang merasakan perhubungan itu mudah, mereka senang membicarakan suatu hal yang terperinci, berkongsi suka dan duka bersama, tanpa mengenal sedikit pun batas halangan.

Itu silap.

Lelaki dan perempuan, di tengahnya ada sesuatu. Sesuatu yang sentiasa menunggu. Sesuatu itu bukan perkara yg baik. Rasanya semua orang pon tahu, apa itu sesuatu tersebut.

Lelaki dan perempuan, perasaan yang terzahir antara keduanya adalah perasaan yang indah. Namun, bisa saja perasaan terindah itu meracuni pemikiran keduanya. Tanpa mengenal iman dan jati diri, bila lelaki dan perempuan bersama, maka akan berlaku sesuatu di luar dugaan siapapun antara mereka.

Rasanya, tidak ada seorang manusia pun akan mengaku imannya kuat, dirinya seperti kapal besi, besar dan pejal menahan dugaan. Namun tak ramai juga manusia akan mengaku bahawa dirinya sengaja melakukan kesilapan. Pastinya akan kedengaran, "aku tak menyedari, antara penat dan tidak, antara rela dan tak rela, antara sedar dan tak sedar.."

Maka, jadinya, kiranya, jika anda sedar bahawa iman anda cumalah senipis kulit bawang, jangan cuba-cuba pergi jauh dalam hubungan antara lelaki dan perempuan. Kerana, apabila lelaki dan perempuan itu bersama..

Ada sesuatu di antaranya..

36 comments:

paridah said...

LELAKI N WANITA BERBEZA TAPI SAMA PADA PANDANGAN ALLAH DALAM KIRAAN DOSA N PAHALANYA.

Sally Samsaiman said...

syaitan dan nafsu.

Anonymous said...

kita dilahirkan berpasang2an , lelaki & perempuan, saling memerlukan saling melengkapi antara satu sama lain, KA doakan mg bertemu yg terbaik buat kamu yer . hehehe

Unknown said...

yes setuju. sesuatu itu mampu membuatkan Allah murka. moga kita terhindar dari sesuatu itu. inshaAllah :)

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

nice sharing

Unknown said...

Semoga kita sentiasa dibawah payung rahmat dariNya.Ameen

Unknown said...

Antara lelaki dan wanita, ada sesuatu . Api kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan . Mula2 anggap , aku blh kawal perasaan tu , tapi sampai bila ? Syaitan takkan berputus asa apatah lagi hanya ada dua insan .. Maka dia ditengah-tengah . Akhirnya, nasi menjadi bubur .. Eh dayah keluar topik tak nih .. Hehee

OKje said...

Cas positif dengan cas negatif kalau bertemu melekat tak mau pisah dah hehe....

Scha Nazri said...

syaitan nirrojim di tengah-tengahnya.

Gee Lion said...

Tapi lebih banyak wanita yg berada dlm neraka.. t_t

Gee Lion said...

sangat tepat..

Gee Lion said...

inshaAllah KA, suka saya mendengor doa tu.. hehe.. (:

Gee Lion said...

inshaAllah cik budak..
selagi ada iman di dada..
moga tak terjadi apa2.. (:

Gee Lion said...

thanks en.Khai (:

Gee Lion said...

aamin.. (:

Gee Lion said...

Ada pengalaman moh ler sharing..
Hehe..
Tak salah nak kawan, orang kata tak kenal maka tak cinta ye dok?
Yang salah kalau terlalu menurut perasaan instead of iman..
Itu yg tak boleh kan cik dayah.. ^^

Gee Lion said...

Dah macam magnet kan kak okje.
Tapi ada juga kutub utara bertembung kutub utara and kutub selatan bertembung dgn kutub selatan yg melekat tak mahu pisah-pisah dah..
Begitulah magnet akhir zaman kan kak okje..
Hehehe...

Gee Lion said...

tau takpe cik scha.. harap2 tidak berlakulah pada kita.. huhu..

sud@is said...

Suatu motivasi yg baik agak langkah x tersasar. Berhati hati dlam setiap langkah yg kita tahu disitu byk halangan.

Fidah Shah said...

Jahui perkara2 yg mendatangkan keburukan...

Jari Manis said...

sis JM tahu apakah 'sesuatu' itu :-)

CD said...

dan yang ditengah itu adalah syaiton ni rojim yang telah berjanji akan menyesatkan anak2 nabi adam.

Gee Lion said...

yups, berhati-hati tulah yg kita sarankan.
supaya tak tersadung, nanti dah terjatuh nak bangun semula tu..
bukan senang.

Gee Lion said...

inshaAllah, jika semua orang memahami maksudnya apa..

Gee Lion said...

jeng jeng jeng....

Gee Lion said...

janji yang akan terus menghantui hingga ke akhir zaman..

Unknown said...

Selama Tuhan mu ada, takkan engkau tercela - fynn jamal (arjuna beta)
(^.^)

dear anies said...

Betul. setuju 200%

Gee Lion said...

sempat lagi dia nyanyi kat sini.. :p

Gee Lion said...

mestilah kena setuju!
mwahaha!

Nurulhidayah said...

Syaitan lah jadi orang ketiga..

Unknown said...

di tgh2nya ada syaitan. maka hendaklah kita berjumpa di kwsn umum. sgt2 setuju entri ni

Gee Lion said...

ye, begitulah maksudnya.. ^_^

Gee Lion said...

thank you yumida..
jumpa di kawasan umum juga jumpa beramai2 dan jumpa atas urusan kerja yg mustahak..
bukannya jumpa nak borak2 kosong and mereyam2.. hehe..

Yana Yani said...

antara lelaki dan perempuan, ditengahnya ada syaitan!
header dah baru, comel cam kak yana =)
anyway, salam maal hijrah gee =)

Gee Lion said...

ye betul!
nora bagi 4 bintangggggg...!!

nak jugak comel dia tu.. ambillah.. sharing kay. half2.. hehehe.. =)
salam maal hijrah kak yana .. ^_^