Jiwa

Aku selalu menganggap diriku sebagai seorang penulis. Menulis apa saja yang terlintas di fikiran aku, menulis tentang apa yang terjadi pada aku dan mungkin menulis cerita yang aku ada-adakan saja. Di kepala ini, sarat dengan jalan cerita yang menunggu untuk diluahkan tapi entah kenapa setiap kali menghadap buku atau komputer, idea itu mati di pintu fikiran.

Tidak mampu dikeluarkan.

Walaupun dikeluarkan melalui tingkap, cerita itu takkan terhasil mengikut apa yang aku mahukan. Ada rompongnya. Aku akui sebagai seseorang yang mengakui dirinya adalah seorang penulis, aku kecewa.


Benarkah aku penulis atau hanya sekadar pemimpi tegar?

Jadi sekarang, di hadapan komputer ini aku masih mencari-cari idea untuk dilakarkan. Adakah ia mengenai aku atau apa di sekelilingku atau aku rekakan sahaja? Apa yang membenakkan fikiranku? Atau kerana kebenaran mencacatkan kenyataan jadi jiwa penulis aku ini ada sedikit rasa takut untuk menaipnya?

Dan jiwa ini masih terus mencari..

Sudahkah anda temui apa yang anda cari?

20 comments:

Humaira said...

blm.haha.sma here!

cEro said...

Apa yang membezakan penulis dengan pemimpi hanya satu perkataan 'terbit'.
Cuba laa publish cerita tu dekat blog, mana tau dapat sambutan :)

Gee Lion said...

doa sama2 moga2 kita jumpa apa yg kita carik.. inshaAllah ^_^

Unknown said...

i know what you mean. akhirnya jumpa jugak orang yang berperasaan sebegini *lap hingus*

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. saya berjumpa dengan apa yang saya cari.. Diharap saudari juga bertemu dengan apa yang dicari..

Mrs. A said...

Atau adakah kita tak tahu apa yang kita nak cari sebab itulah tak jumpa-jumpa.

Unknown said...

kadang2 dia tak datang pada masa kita nak....mungkin esok2 atau nanti2 ada la..

Gee Lion said...

apakah maknanya itu...

Gee Lion said...

masyeh sebab paham
nak tisu?

Gee Lion said...

alhamdulillah..
terima kasih cik sha ^_^

Gee Lion said...

mungkin juga mrs.A
mungkin juga terlalu banyak benda yg nak dicari sampai tak tahu mana satu nak mula dulu. hak3..

yg penting, tepuk dada tanya iman :)

Gee Lion said...

itu yg pelik tu..
macam kes cari barang
time nak, dia takde
time taknak, ade pulak depan mata
haishhhhhh

Jejari Menaip said...

kelam itu masih terbeku lagi... sebelum jumpa sinar untuk menerangi.. Sob3x

Jejari Menaip said...

"kalau" boleh nak terus kekal jadi cilik.. takyah nak pk apa yg nak gapai.. ehhh ..

Jejari Menaip said...

kekadang suara jahat berbisik.. "Eh kau berhentilah mencari tu" tapi kena tetap bulatkan tekad..

Tunsha Ayunie said...

Rasa macam sama je. Selalu aku declare diri sebagai seorang penulis dan pemusisi. Tapi hakikatnya aku tidak. Aku masih tercari dan mencari. :'(

Sha Mohamed said...

Sama2 awak..

Gee Lion said...

saya berfikir, mungkin sebagai hambaNya hidup kita memang akan sentiasa tercari dan mencari. jadi, kita bukanlah berkeseorangan macam ni.. hurmm..

Gee Lion said...

tapi kita tetap juga kena membesar sebagai dewasa, kan? jangan mengalah walau banyak mana suara jahat pun yg berbisik..

Mummydearie said...

Saya tak rasalah diri saya penulis tapi, ada tak perkataan 'perapu'? Hahaha! Kalau ada, memang sesuai sangatlah untuk saya ^_^

Belum pernah lagi setakat ni duduk depan komputer dan tak tahu apa nak ditulis sebabnya kalau tak mampu menulis perkara yang bernas, masih mampu lagi merapu, meraban, meroyan tak tentu arah ^_^