Doa menjadi pelindung, solat malam menjadi perisai. Namun masih gagal menepis kehadiran mimpi yang berturut-turut hadir dalam bayangan yang sama. Dia rimas. Dia ingin melupakannya. Enggan terseret lagi dalam kancah yang kabur. Namun masih saja, dia gagal.
Mimpi aneh bagaikan putaran filem lama yang berbunyi.. sretttttt... tip tap tip tap.. Dan dia berada dalam panggung itu, memerhatikan hidupnya sendiri. Di depannya cuma ada seorang makhluk mengunyah pop corn, juga keseorangan. Duduknya membatu. Tidak menoleh ke kanan, tidak juga menoleh ke kiri. Apakah sekiranya ia menoleh ke belakang, wajahnya akan berupa manusia?
Adakah harus ditegur? Dirinya yang melihat berkata JANGAN. Namun entah mengapa dia bangun, hairan.. Dari mana datangnya keberanian itu? Panggung itu masih sepi. Hanya putaran filem yang kedengaran..
18 comments:
Salam ziarah
urmm... mimpi ngeri yang berulang amat menakut :(
ni carpen or realiti?
kalau carpen nice works!! :)
teruska.. :)
@Ida Syuhada waalaikumussalam ^^
@Nurul Hidayah seram kan.. mcm ade samting je... errrr..
@Sobri Yaacob kalau realiti.. macam maner?
(:
Best! Mimpi kadang2 ada mesej tersendiri. Kalau kita renung diri, mungkin itu satu nikmat kalau bermanfaat.
ngeri pulak kita baca.. huhu..
Salam ziarah.
Terima kasih sudi singgah blog saya. :)
Kalau mimpi menakutkan berulang kali, emm mungkin menakutkan jugak utk lelapkan mata..
salam perkenalan...diterjah dr blog paperbag head...
@HeNRieTTa JoSe tenkiu sudi ke mari.. esok2 datang lagi.. (:
@wanariahamiza you are most welcome!
@Mime MF jadi fobia. jadi paranoid.
takut tgk gambar tu...ngerinya mimpi..
Mcm kisah akak dn mimpi akak je...ermmmmmm
@ikhwan yusuff kuatkan hatimu.. hehe :p
@Wirda Amir kak Wir pernah mimpi mcm ni ke? samalah mimpi kita.. ape cer dlm mimpi tu?
Post a Comment