Bicara

Pada dia, berbicara itu sesuatu yang menggetarkan. Dia khuatir terlanjur kata justeru dialah yang harus menanggung akibatnya. Dan akibat bukanlah suatu harga yang murah. Silap hari bulan, dia terpaksa gadaikan semua yang ada padanya hari ini.

Tapi kata si tua jangan biar suatu apa pun merenggut kegirangannya. Apa saja yang dia ingin buat harus dia lakukan. Apa saja yang dia fikirkan harus dia luahkan. Dan seandainya perkara itu memerlukan dia berlaku jujur, maka harus dia tulus di situ. Jangan diam membatukan diri.


Dia sama sekali tidak ingin berkesudahan seperti tuma. Dikain putih ia putih, dikain hitam ia hitam. Keikhlasan dalam jiwanya tak perlu dipertikaikan lagi. Namun ibarat suci dalam debu, masih berbekas sehingga yang elok dipandang sepi yang buruk dipandang tinggi. Sudahnya tuma menjadi kasa. Kasa nun terletak di atas duri.

Kekeliruan diri masih menghantui. Dia memejamkan mata sementara waktu, mengharap moga jawapan bertamu. Sehinggalah akhirnya, dia nampak akan lambaian seseorang di situ, tersenyum, bibit-bibit kemesraan terus terbayang dalam ingatan yang beku.

31 comments:

Mime MF said...

fikir sblm bicara..bak kata kwn sy, berani ckp berani tanggung..huhu kasa tu dawai eh? :P

CD said...

berhati-hati tika bicara. sekali mengguris hati, menjadi bahan kecaman.

Unknown said...

puitisnya^^

Scripters said...

Ali bin Abi Thalib berkata : "Berbicaralah dengan orang sesuai dengan tingkat kemampuan mereka, apakah engkau suka Allah dan Rasulnya didustakan?”

Mizz Aiza said...

wah.. puitis ayat entri gee.. akak baca banyak kali, susah nak memahami maksudnya.. mungkin ada yang tersirat..

Azlan Strider said...

ada sesetengah orang memang mempunyai sifat takut untuk berkata-kata..mungkin sebab takut kata-katanya membuat orang tersinggung..hehe

Regards,
-Strider-

Gee Lion said...

@Mime MF itulah.. dia tak berani nak tanggung..

kasa tu bukan dawailah yunk.. hahaha (=

Gee Lion said...

@Nurul Farahizzati betul tu cik izzati.. ^^

Gee Lion said...

@nana kimie alhamdulillah.. =)

Gee Lion said...

@Ida Scripters berat ni cik ida.. scripters.. eh apa nak panggil..
blog kamu masih belum boleh dikomen, saya tak jumpa kotak komennyer..

Gee Lion said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil) terima kasih kak aiza sudi membaca.. macam biasa, takkan boleh faham punya.. takpelah, kalau saya ada masa saya cerita dlm entri seterusnya.. =)

Gee Lion said...

@Azlan Strider iye betul tu. lagi-lagi kalau orang tu boss dia ke, ayah dia ke.. bila2 masa je boleh kena herdik balik. hurmmm...

Anonymous said...

Diam adalah lebih baik drpd berbicara andai bicara itu bole mengundang sengketa

sabda nabi..berkata benarlah walaupun pahit...

Bg akak pula,apabila kita yakin dgn apa yg kita kata itu benar dn niat krn Allah tp dinafikan kebenarannya atas sebab keegoan atau syakwasangka atau apa sj..akak biarkan aja,tk perlu mencari saksi atau membela diri,cukuplah hanya Allah yg menjadi saksi kita,kebenaran akan terserlah jua....

Mizz Aiza said...

@Gee Lion
ok gee.. :D

Affy Afiqah said...

sometimes ika rasa bersyukur ika ni pendiam, sebab butir kata itu akan sentiasa terhad dan dijaga,
tapi kadang takut juga andai ada yang terguris, kita tak tahu kan hmm :))

Unknown said...

bnyk kali kena ulang ni. Kena baca slow2.

Sally Samsaiman said...

Sally baca dan terus baca...sampai satu tahap...sally terkenangkan ibu ^_^

Anonymous said...

hmm entry walau puitis tetap tinggalkan kesan pada si pembaca. semoga kekeliruan terhapus dan dihakis oleh keyakinan :)

sobri yaacob said...

puitis..
kerana mulut badan binasa..
tapi skrg kalau terlajak menulis or kluarkan stament memng teruk di hentam :P

ha.ha.. tambah dari mr anonymous, yang x beridentiti.. :P

Chic Na said...

bahasa kias2 macam ni susah nak faham.. memang failed.. hehe.. tp suka baca.. :)

Gee Lion said...

@Wirda Amir pahit kak Wir, hempedu pon tak sepahit nih. kadang-kala saya terfikir, dunia mungkin akan jadi lebih baik kalau manusia cuma berkata perkara yg penting je. kenapa nak jugak cakap benda-benda yg lecehan macam ni. bila kita tak macam tu, orang cakap kita pelik. haish, saya yg jadi pelik dgn perangai2 mereka nih..

Gee Lion said...

@Affy Afiqah betul tu cik ika, somehow kita mungkin dah melukakan hati orang, tapi kita tak tahu. itu lebih parah.. :(

Gee Lion said...

@Seri Selaseh sila ambil masa anda.. hihi. :)

Gee Lion said...

@Sally Samsaiman mengapakah dgn ibu cik sally? hurmm..

Gee Lion said...

@asha hana inshaAllah cik Hana, saya doakan yg sama utk cik Hana.. hihi.. =)

Gee Lion said...

@Sobri Yaacob memanglah teruk; kalau menghentam tak kena gaya. siapakah cik anon tu? dia komen kat belog en.Sobrikah?

Gee Lion said...

@Chic Na heee.. nak buat macam mane, kadang-2 dia ni susah sikit nak luah straight forward.. :)

OKje said...

Novel ke ni Gee....ke praktis nk tulis novel hehe....

Gee Lion said...

@hainom OKje haha.. takdelah, saja mengada2 nak taip buat entri.. (:

Nurulhidayah said...

Berkata benar walaupun pahit.. kalau tak mampu luahkan, berdiam-diri sampai akhirnya kebenaran datang menyebelahi takdir.

Gee Lion said...

@Nurul Hidayah Nampaknya begitulah pendirian yg cuba dia ambil cik Nurul, kita lihat bagaimana kesudahannya.. :')