Apa yang dia mahu hanyalah masa untuk melepaskan keluh dan kesah. Pertunjukan yang tidak dijangka ini menyebabkan dirinya lemah. Tuturnya hilang dalam riuh orang berbicara tentang satu permintaan demi permintaan yang tidak dapat lagi ditunaikan.
Kalaulah dia diberi kolong, walau ke laut api pun dia sanggup tolong. Semua andalan yang dibagi sebelum ini menemui kebuntuan di tengah jalan, mendesak dirinya untuk senantiasa beradu dalam kawalan.
Si tua itu masih belum tahu bahawa dia bakal berbuat sesuatu tanpa restu. Dia enggan lagi berpaling, hanya itu sajalah satu kesempatan untuk mengecualikan diri walau caranya begitu radikal sekali. Dia mungkin sengaja atau culas peka; bahawa kini masa depannya telah diperjudi dan bisa terhenti, tanpa dia sendiri sedari.
15 comments:
huishh deep nih. payah gak aku nak cerna.
Assalamualaikum Gee.. harap sentiasa sihat sokmo.. sorry.. lama tak kemari :)
SALAM PAGI..TERUSLAH BERFIKIR...
deep sangat. susah nak hadam. tolong terangkan. huhu (T T)
hint : keputusan berani mati dia, cik ana.
waalaikumusalam cik nurul..
okay je..
alhamdulillah sihat.. ^_^
saya dah abes fikir dah PI.. hehe.. ^_^
takpe cik budak.
baca je..
hehe..
ko tau tak gee?
akak baca lebih dari sekali untuk cerna apa yang cuba disampaikan?
tak boleh digest jugalah! adeh, letih otak akak ni pikir dik wei!
dah boleh lah buat buku pasni cik Gee.
haa?
tak mahulah..
tulis dlm blog ni pun tunggang terbalik..
macam mana nak menulis buku..
hoho.. :D
takpelah kak.. alhamdulillah, akak baca juga..
kalau tak baca nak merajuklah..
ape boleh buat dah tak faham..
memang sengaja pun putar belit.. mwahaha..
thanks kak yana sudi juga baca walau tak faham.. hihihi ^_^
wow deep ;)
indeed cik Nur (:
Tak terdigest dek akak jugak.
Hehe..
Mungkinkah sebab ngantuk sangat sebab penat kursus tadi?
Post a Comment